Tuesday, December 29, 2009

K'tan, Bukan Melayu Boleh Jadi MB -Nik Aziz


PAS Kelantan Sedia Pinda Undang-Undang Bolehkan Bukan Melayu Jadi MB

KOTA BAHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukanlah menjadi persoalan untuk meminda peruntukan dalam undang-undang berkenaan asalkan ia selari dengan kehendakIslam seperti diperkenalkan Pas sejak memerintah Kelantan pada 1990.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan di sini hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang akan menyokong mana-mana calon bukan Melayu menjadi Menteri Besar selepas beliau asalkan orang itu beragama Islam.

Beliau berkata mengikut dasar Islam sendiri, asalkan calon berkenaan berakhlak baik dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebenarnya, mereka layak untuk dijadikan pemimpin.

"Itu sebabnya kita jangan berpegang kepada bangsa sebaliknya berpegang kepada mereka yang mengamalkan ajaran Islam, barulah Islam itu dihormati.

"Langkah ini (melantik bukan Melayu) menjadi menteri besar sudah tentu Islamitu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama," katanya.

Ketika menyentuh perkara yang sama dalam ucapannya, Nik Aziz berkata beliau sendiri akan mencadangkan mana-mana pemimpin bukan Melayu beragama Islam yang layak untuk menjadi penggantinya. -BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bukti bahawa PAS lebih memperjuang agama dari taksub kebangsaan, bukan macam UMNO. Kepelbagaian bangsa bukan untuk cari jalan gaduh tapi untuk cari jalan selasai dan berpadu, macam penyatuan wujudkan negara Madinah, walaupun orang Islam waktu itu bukan mojoriti (dianggarkan tidak sampai 30%).

1 comment:

Anonymous said...

Baik bebenor ajis ni. cubalah suruh karpal singh ke atau lim kit siang ke jadi MB kelantan. amacam ??? deme tak boleh ke sebab bukan muslim. Nabi dulu suruh sahabat lari kat negeri diperintah kristian. boleh pun. Cari le wakil rakyat kristian dalam sesama pakatan rakyat tu. boleh le kut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails