Wednesday, December 30, 2009

Cari Salah Ulama Atau Menasihat... Dr Yusuf Al-Qardhawi


by abuhura1rah in Syubhat dan Jawapan.

Antara Mencari Kesalahan Ulama Dan Memberi Nasihat

Daripada Tamim ad-Dari radiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Agama itu adalah nasihat. (beliau mengulangnya 3 kali) kami berkata, kepada siapa ya Rasulullah? Beliau menjawab, ‘Bagi Allah, kitab-kitabnya, Rasul-Nya, imam-imam kaum muslimin dan seluruhnya.” (HR Muslim no. 7 Jami’ul ‘Ulum Wal HIkam)

Nasihat memiliki beberapa ragam dan bentuk. Ada yang berupa kata-kata berhikmah dan lembut, ada pula yang berbentuk kata-kata keras yang dianggap pedas. Memberi nasihat adalah tugas para ulama, du’at (pendakwah-pendakwah) dan orang-orang yang mampu untuk menyampaikan nasihat apabila terjadi perkara kemungkaran dalam rangka amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Perlukan Peringatan Diberikan Dengan Menggunakan Bahasa Yang Kasar?

Sebahagian orang menyangka bahawa memberi nasihat adalah menggunakan bahasa yang sopan dan lembut, diibaratkan seperti apabila memijak semut tidak akan mati dek kerana kelembutannya!!! Jelas ini pemikiran yang salah. Tidakkah mereka melihat sunnah Nabi apabila melihat kemungkaran atau kesalahan di depannya, beliau memberikan nasihat mengikut kadar yang diperlukan apakah perlu dengan lemah lembut atau tegas (dengan bahasa yang lain bahasa yang keras).

Contoh pertama: Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menasihati orang arab badwi yang kencing di masjid, nabi menyampaikan dengan cara yang lembut sedangkan para sahabat yang berada di sekeliling beliau menahan kemarahan terhadap lelaki itu.

Contoh kedua: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memarahi Muadz bin Jabal kerana mengimami solat dengan lama sehinggakan hal tersebut diadukan kepada Nabi.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, ‘Seorang mukmin terhadap mukmin lainnya bagaikan kedua tangan, salah satunya mencuci tangan yang lain namun boleh saja kotoran (yang melekat di tangan) tidak dapat hilang kecuali dengan cara (pembersihan) yang kasar/keras. Namun (cara keras) seperti itu benar-benar mendatangkan kebersihan dan kehalusan pada tangan yang membuat kita memuji cara yang kasar tersebut.’ (Majmu’ al-Fatawa, dinukil dari Obyektifitas Dalam Mengkritik, Syaikh Rabee’ al-Madkhali )

Perumpamaan yang dibawakan oleh Syaikhul Islam di atas menunjukkan perlunya memberi nasihat dengan bahasa yang keras dalam rangka memperbaiki keadaan orang yang dinasihati dan umat sekeliling.

Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha, ‘Seorang lelaki meminta izin untuk bertemu dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka beliau berkata,

Izinkanlah lelaki tersebut masuk, kerana dia termasuk seburuk-buruk sanak saudara.” (HR Bukhari no. 6032)

Al-Imam Bukhari berhujah dengan hadits ini bahawa dibolehkan mengumpat ke atas orang yang membawa kerosakan dan syubhat sebagaimana di dalam bab di kitab Shahih nya, ‘Ma Yajuzu Min Ightiyabi Ahlil Fasadi War Rihab’ –Bentuk Ghibah yang diperbolehkan terhadap orang-orang yang membawa kerosakan dan peyimpangan-.

Al-Imam Ibnu Hajar berkata, ‘Para ulama berkata, ghibah dibenarkan pada setiap tujuan yang benar dalam syariat...begitu juga apbila seorang pelajar mendatangi seorang mubtadi’, atau seorang yang fasiq dan ditakuti si pelajar tadi mengkuti jejak langkah si mubatdi’ atau orang yang fasiq tadi. Di antara yang boleh dilakukan ghibah terhadap mereka adalah pihak-pihak yang melakukan kefasikan atau kezaliman atau kebid’ahan secara terang-terangan.’ (Fathul Bari Kitabul Adab)

Penulis bukanlah orang yang bebas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan dan tidak pula menjadikan tulisan ini sebagai rujukan muktamad. Semuanya perlu dikembalikan kepada al-Quran dan Sunnah serta dibimbing oleh para ulama ahlu sunnah wal jamaah. Sedangkan mereka telah menyebutkan kesalahan dan penyimpangan al-Qardhawi antaranya:

  1. Sikap meremehkan masalah aqidah (terutama dalam masalah asma’ wa sifat)
  2. Menolak hadits dengan ra’yunya
  3. Meninggalkan sikap wala’ wal bara’
  4. Menghalalkan muzik
  5. Mendahulukan aqal daripada naql

Apabila para ulama memberi nasihat dan tahdzir ke atas Dr Yusuf al-Qardhawi di atas kesalahannya di dalam pelbagai subjek agama baik dari segi aqidah, manhaj, hadits, tafsir dan lainnya, apa yang kita dapat lihat pada hari ini berbeza dengan generasi terbaik umat ini di kurun terawal. Apabila para ulama mutaakhirin memberi nasihat dan tahdzir, ramai golongan baik dari orang awam maupun ustaz dan da’i yang menolak dan bermati-matian membela kesalahan yang telah dilakukan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi sehingga muncullah tuduhan, cercaan ke atas para ulama secara senyap-senyap dan tikaman keras ke atas para du’at salafiyin yang menyampaikan amanah agama kepada umat oleh para antek-antek al-Qardhawi baik golongan hizibiyun dan orang-orang yang mengaku salafi.

Mereka membela al-Qardhawi dengan mengatakan bahawa orang-orang yang men-jarh al-Qardhawi sebagai orang yang berlagak alim berbanding dengan Syaikh al-Qardhawi. Ada pula yang berkata, perbuatan jarh sebagai fitnah, tuduhan, umpatan, mencela dan sebagainya yang mereka rasakan perlu dicopkan ke atas orang yang menjarh atau yang membawakan tulisan-tulisan yang berbau jarh.

Semua ini dilakukan dalam upaya untuk mengesankan (mempengaruhi) umat agar menjauhi jarh ke atas al-Qardhawi dan yang sering mereka bangkitkan adalah semua ini adalah masalah khilafiyah. Juga tidak lari segala cemuhan mereka kepada ustaz atau da’i (yang mengedepankan masalah ini) dengan tujuan untuk mementahkan fatwa-fatwa ulama ke atas al-Qardhawi.

Seterusnya, untuk kita menghadapi isu ini dengan lebih adil dan bersikap terbuka, beberapa perkara yang perlu kita kenal antaranya:

  1. Manhaj ahlu sunnah dalam mengkritik
  2. Kesepakatan ulama ahlu sunnah dalam satu-satu masalah contohnya asma’ wa sifat
  3. Meneliti hujjah kedua-dua belah pihak
  4. Mengembalikan masalah ini kepada ahlinya.

Dengan itu barulah kita selamat dari terjatuh ke dalam perangkap syaitan yang terdiri dari manusia yang menyeru kepada hawa nafsu dan kesesatan sehingga meninggalkan al-Quran dan Sunnah.

Apa yang menduka citakan adalah sikap sebahagian orang yang mengambil fatwa dan ilmu dari Dr al-Qardhawi, mereka mencela orang-orang yang mengkritik beliau baik dari kalangan ulama atau da’i. Lihat saja apabila mereka menuduh ulama-ulama yang mengkritik dengan tuduhan ‘Ulama yang keras’, ‘ghuluw’, tidak bersikap muwazanah, menfitnah dan lain-lain. Ada pula yang menganggap tindakan mengkritik dengan bahasa yang kasar sebagai tindakan yang biadap dan kurang ajar. (Akan ada sedikit catatan mengenai mereka-mereka ini dipembahasan di belakang –InsyaAllah-)

Tuduhan mereka yang berdiri di atas tunjang yang rapuh ini mereka tujukan ke atas pengkritik secara tidak langsung mengena kepada para ulama ahlu sunnah wal jamaah. Sedangkan para ulama tersebut merupakan orang yang menjaga agama ini dari penyelewengan dan penyimpangan sebagaimana di dalam hadits dari Ibrahim bin Abdurrahman al-‘Udzri radiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين وتأويل الجاهلين

Agama ini akan dipikul oleh setiap orang-orang yang adil pada setiap generasi. Mereka akan menbantah tahrif orang-orang yang menyimpang, penipuan orang-orang yang melakukan kebatilan dan ta’wil orang-orang yang jahil”. (Hadits Shahih riwayat al-Baihaqi, no. 248 Misykatul Mashabih)

Para ulama bangkit membantah penyelewengan al-Qardhawi baik dari segi tulisan dan fatwa-fatwa. Tidak sedikit dari mereka yang membantah al-Qardhawi antaranya:

1. Syaikh Abdulllah Bin Abdullah Bin Baaz (Fatwa mengenai Ikhtilath dan kerjasama bersama dengan Yahudi)
2. Syaikh Muhammad bin Sholeh al-Utsaimin (Fatwa mengenai ucapan al-Qardhawi –Allah menjelmakan rupanya-)
3. Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (Kitab dan Fatwa bantahan terhadap Muzik dan bab riba)
4. Syaikh Muqbil al-Wadi’i (Kitab al-Radd ‘ala al-Qardhawi, al-Radd al-Kawi Fi Iskat al-Kalb al-‘awi Yusuf bin Abdullah al-Qardhawi –Mendiamkan anjing yang menggongong Yusuf bin Abdullah al-Qardhawi)
5. Syaikh Rabee’ al-Madkhali (Banyak fatwa-fatwa Syaikh yang menasihati agar menjauhi karangan-karangan Syed Quthb, al-Ghazali dan termasuk juga al-Qardhawi)
6. Syaikh Yahya Ali al-Hajuri ( Kitab Syar’iyyatud Du’a)
7. Syaikh ‘Ubaid al-Jabiri (Fatwa Syaikh dalam membantah al-Qaidah al-Dzahabiyah)
8. Syaikh Sulaiman al-Kharasyi (Kitab al-Qardhawi Fil Mizan –Pemikiran al-Qardhawi di dalam pertimbangan-)
9. Syaikh Ahmad bin Manshur al-‘Udaini (Kitab Raf’ul Litsam –Membongkar kedok Qardhawi-)
10. Syaikh Sholeh Fauzan al-Fauzan (Kitab al-I’lam binaqdi al-Kitab al-Halal wal Haram)
11. Syaikh Ahmad bin Yahya an-Najmi (Fatwa dan Syaikh banyak memberi sokongan dan dorongan ke atas para ulama dan du’at yang membantah al-Qardhawi dan lain-lain, hal ini kita dapat lihat di dalam muqaddimah buku Raf’ul Litsam)
12. Syaikh Muhammad bin Abdullah al-Imam (Ta’liq ke atas kitab Raf’ul Litsam)
13. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab al-Washabi (Ta’liq Kitab Raf’ul Litsam)
14. Syaikh Zaid Bin Muhammad al-Madkhali (Di muqaddimah al-Irhab wa atsarihi ‘ala al-Ifradi Wal Mujtami’)
15. Syaikh Muhammad bin Hadi al-Madkhali (Fatwa Syaikh membantah al-Qardhawi mengenai sikap seorang muslim terhadap orang kafir)
16. Syaikh Shalih bin Sa’ad as-Suhaimi (Fatwa Syaikh terhadap Yusuf al-Qardawi mengenai bukunya Wujudullah)
17. Syaikh Faishol al-Hasyidi (Limadza Taraktu Da’watal Ikhwanul Muslimin)
18. Syaikh an-Naqid Falih bin Nafi’ al-Harabi (Ta’liq ke atas kitab Raf’ul Litsam)
19. Syaikh Nashr bin Fahd (Khulashatu Ba’dho afkar)
20. Syaikh Ali Hasan al-Halabi (Kitab Aqlaniyun)

Semuanya masih di dalam kerangka memberi nasihat dan peringatan supaya orang yang diingatkan (tahdzir), yang dibantah (radd) ingin kembali kepada kebenaran.

Oleh kerana terlalu banyak kesalahan dan penyimpangan Dr al-Qardhawi, maka semakin jelas dan tersebar fatwa-fatwa ulama dalam upaya menjauhkan umat daripada penyimpangan Dr al-Qardhawi. Semua ini dapat kita melihat melalui tulisan-tulisan, fatwa (baik tulisan dan suara) al-Qardhawi dan bantahan ulama tersebut bukannya sekadar mencari kesalahannya seperti yang didakwa oleh sebahagian orang.

Jika ada yang berfikiran bahawa para ulama mengkritik al-Qardhawi dan yang seangkatan dengannya (seperti Ikhwanul Muslimin) sebagai mencari-cari kesalahan, maka ini sikap kebodohan dan kesombongan yang besar. Bahkan menuduh para ulama Ahlu Sunnah bersikap dengki terhadap orang-orang tersebut. Orang yang melakukan hal sebegini tidak lain adalah pengikut hawa nafsu yang bercakap tidak berlandaskan dalil dan hujah.

Lihat saja, apabila mereka menuduh para ulama menfitnah Dr al-Qardhawi, apakah mereka mempunyai bukti? Dan apa yang ingin mereka katakan dengan tulisan dan fatwa al-Qardhawi yang menyalahi ijma’ dan manhaj salaf contohnya dalam masalah asma’ wa sifat?

Mereka mempunyai sikap ta’shub yang sangat tebal sehinggakan sanggup menuduh para ulama dengan tuduhan keji seperti ini. Jika hendak dibandingkan dari sudut ilmu mereka dengan para ulama, mereka jauh ketinggalan tapi kerana kesombongan dan keta’shuban mereka, mereka bertindak melebihi orang yang alim. Mereka memekakkan telinga dan membutakan mata mereka dengan mendiamkan kesalahan al-Qardhawi, dan mereka juga berjuang bermati-matian untuk menutup kesalahan tersebut.

Bagaimana mungkin kemungkaran dan penyelewengan (samada secara sedar atau tidak) di dalam tulisan dan fatwa al-Qardhawi boleh didiamkan? Apakah kita rela membiarkan kemungkaran tersebar sehinggakan manusia terpesong dari manhaj ahlu sunnah wal jamaah?

Orang-orang yang mendiamkan dan menutup serta menyembunyikan kesalahan tersebut adalah orang-orang yang jahil terhadap sunnah Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam. Di mana natijah yang timbul dari fatwa yang salah oleh al-Qardhawi, menyeru kepada bid’ah dan kesesatan, maka hal ini membuatkan para ulama tidak mendiamkan kesalahan tersebut malah mereka menerangkan kesalahannya dan menasihati umat untuk menjauhi berdasarkan kepada kaedah-kaedah syarie.

InsyaAllah akan datang keterangan-keterangan para ulama mengenai Dr Yusuf al-Qardhawi.

Allahu Ta’ala a’lam

Artikel ini saya tujukan khas buat sahabat-sahabat yang berada di dalam laman sesawang al-Fikrah.Net

Maraji’ website

  1. Sahab.net
  2. Al-Ajurry.net
  3. Ibnusarijan.blogspot
  4. Salafy.or.id
  5. Darussalaf.or.id

Maraji’ Kitab

  1. الإعلام بنقد كتاب الحلال والحرام في الإسلا
  2. تعزيز الرد الكاوي لإسكات الكلب العاوي يوسف بن عبد الله القرضاوي
  3. خلاصة بعض أفكار الشيخ يوسف القرضاوي عفا الله عنا وعنه
  4. شرعية الدعاء على الكافرين
  5. القرضاوي في الميزان(Telah ada edisi terjemahan, Pemikiran Al-Qardawi Dalam Timbangan)
  6. رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي لشريعة الإسلام (Telah ada edisi terjemahan, Membongkar Kedok Qardhawi)
  7. Fathul Bari -Syamilah-
  8. Misykatul Mashabih -Syamilah-
  9. Jami’ul ‘Ulum wal Hikam -Syamilah-
  10. Obyektifitas Dalam Mengkritik, Syaikh Rabee’ al-Madkhali
  11. Menebar Dusta Membela terroris Khawarij, Ust Luqman Ba’abduh
Di angkat dari: abuhura1rah in Syubhat dan Jawapan.
Tags: , , , , , ,

5 comments:

kl-kk-ptrjaya said...

assalamulaikum tuan...
terpanggil utk memberi respon kpd penulisan tuan krn secara jelas sumber yg diambil adalah dr laman web yg confirm wahabi - salafi.
kbykn ulama yg mengkritik al qardhawi ( berdsarkan nama yg diberikan di dalm lmn web ni)adalah mrk yg menduduki tanah saudi mahupun mrk yg berpendapat cukup rigid dlm pelbagai masalah khilaf.
al baz, albani dn plbagai yg lain jika tuan baca dan kaji pandangan mrk yg pelbagai dlm masalah khilafiyyah fiqhiyyah cukup utk mrk yg ingin cenderung kpd mendekati islam mengambil pusingan u turn 360 drjh!
golongan yg dinyatakan penulis artikel sebagai ansar as sunnah cukup jelas menampakkan diri mrk sebagai wahabi -salafi!
lihat ulama ini sbg cth:
'Syaikh Rabee’ al-Madkhali (Banyak fatwa-fatwa Syaikh yang menasihati agar menjauhi karangan-karangan Syed Quthb, al-Ghazali dan termasuk juga al-Qardhawi)
tdkkah ini unsur jelas wahabi!
anti ghazali, syed qutb dan seterusnya al qardhawi.adakah kitab ihya ulumddin itu sesat?tafsir fi zilalil quran yg diiktiraf azahar itu menyeleweng?fiqh al awlawiyat yg diiktibar tajdid dlm menyelesaikan mslh fiqhiyyah muasarah (isu2 moden)itu batil?
ulama 2 ini juga ketika lubnan diserang mggunakan isu syiah hizbullah sbg dalil fatwa bhw haram menyokong penjajahan terhadap zionis krn bhy syiah lbh dahsyat dr zionis! adilkah pndgn itu?rasionalkah fatwa itu?
mrk juga terkenal mgmbil pndgn yg berbeza mengenai pentakwilan quran.sbg cth:
seorang ulama saudi ada menyatakan quran tdk blh ditakwil langsung!dan beliau merupakan seorang yg buta.lalu syeikh muhammad al mutawwalli syarawi membidas dgn secara berlapik tp pedas dgn menyatakan bhw ulama tersebut tdk dpt memasuki syurga krn beliau seorang yg berdasarkan ayat quran yg mentakan org buta tiada dlm syurga.kelu yg berfatwa utk menjawab syarawi tanpa perlu dihujah dgn hujah ilmiah dr aspek tafsir!
begitu juga ttg bab hubungan non muslimin kebanyakan fatwa al qardhawi byk menjurus utk hubungan yg baik di antara muslim dan non muslim selagi hubingan berdasarkan rasa muhibbah dan kemanusian berbeza dgn fatwa nya yg amat keras terhadap zionis!(antaranya beliau antara ulama yg pertama menyatakan syahid bg pengebom berani mati palestin!)di mana golongan ansar assunnah ni dlm bab ni?
pdgn mrk terhadap non muslimin kdgkala cukup keras dn tidak peliklah jika dilihat golongan ini dianggap sbg rujukan utk menghalalkan tindakan terroris terhadap bukan islam (cth taliban dsb)!
perlu diingat di sni apa yg sy menyatakan wahabi - salafi bukan ape yug tuan fhm ttg perbezaan pendapat antara golongan anti tahlil dn jakim di msia!tetapi istilah itu ialah utk golongan yg sememangnya wahabi dalam darah dn urat mereka!bertopengkan manhaj salafi dlm mengharam perempuan memandu kereta dn pelbagai isu lain.anti kemajuan dsb.ini bukan cerita kena baca qunut atau tdk (sbb konteksnya amat berbeza dgn pendirian glgn wajib qunut dgn anti qunut di msia) tp lebih menjurus kpd unsur politik pro - amerika dan budaya arab yg tebal dlm memfatwakan sesuatu isu!

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih.. Baik sekali pandangan tuan.

Anonymous said...

assalamualaikum..
pertamanya saya ingin memaklumkan ada kesalahan di dalam artikel sy dan saya telah perbetulkan di dlm blog sy pd bahagian fatwa Syaikh Albani.

kedua, terima kasih kepada sdr kl-kk-ptrjaya krn merespon artikel ini dan memberikan pandangan sdr.
Apa yg ingin sy katakan ialah, pertama sdra perlu mengenal terlebih dahulu siapa wahabi dan ulama wahabi.

Ini kerana ramai orang pada hari ini yg menuduh seseorang itu wahabi namun apabila ditanya kepadanya apa itu wahabi, didapati kebanyakan dari mereka tidak dapat merespon kembali. Dan juga istilah wahabi yang mereka war-war kan itu pula sebenarnya satu bentuk perlecehan ke atas orang lain.

Ada baiknya sdra menilai dulu sejarah wahabi baru kemudian kita berbicara, saya bagi link ini utk sdr melihat sendiri apa itu wahabi.

Link 1: http://www.ziddu.com/download/7957118/MENYINGKAPWAHHABISMEBOOK.pdf.html

Link 2: http://www.ziddu.com/download/7957119/ulWahhabdanPertarungannyadenganPemerintahanUtsmani.pdf.html

Ketiga, perlu kita ketahui bersama apabila seseorang ulama itu dikritik maka kewajipan ke atas kita adalah menilai hujjah yang dibawakan oleh kedua-dua belah pihak. Sekali lagi sy nyatakan, hujjah. Bukan melihat kepada berapa ramai pendukung, kemasyhuran dan suara majoriti.

Kerana di dalam al-Quran dan hadis nabi menyatakan bahawa hujjah kebenaran adalah layak diikuti daripada selain dari ini.

Jika kita ingin melihat masalah ini dengan lebih detail, makanya hal ini kita kembalikan kepada para ulama, dan bahawasanya para ulama telah mengkritik kesalahan Dr Yusuf al-Qardhawi. (Silakan sdr mendapatkan bahan2 rujukan yg sy nyatakan pada nota kaki di dalam artikel sy)

Kemudian, berkaitan dengan kritikan ke atas kitab Ihya Ulumuddin, memang di dalamnya terdapat banyak kesalahan di mana Imam al-Ghazali tidak menempuh manhaj ahlul hadis dalam membawakan hadis-hadis di dalam kitabnya kerana wujudnya hadis-hadis palsu dan dhaif di dalam kitab tersebut. Sedangkan munculnya kesesatan adalah natijah daripada hadis-hadis palsu.

Namun, sebahagian ulama telah mentakhrij hadis-hadis di dalam kitab ini dan ini lebih baik untuk dijadikan rujukan.

Yang sy maksudkan di dalam tulisan sy adalah al-Ghazali guru kepada Yusuf al-qardhawi bukannnya Imam al-Ghazali, sy harap sdr sedia maklum.

Berkaitan dgn isu terorisme, ulama yg paling byk menentang perbuatan ngebom merata tempat kebanyakan ulama saudi. Lihat sj karangan-karangan dan fatwa mereka.

Sdra menyatakan sesuatu tanpa membawakan bukti, maka ini hanya omongan kosong. Tidak boleh dijadikan hujjah.

akhir sekali, berkaitan dengan isu qunut atau tidak. sy tidak ingin menyentuh di sini kerana ianya perlu memiliki perbincangan lain.

Allahu a'lam

Anonymous said...

chick city
spaghetti strip towel
mettlers strip club
female blowjob scream
latina raleigh escort
milf bangs milkman
henai schoolgirls masterbating
ebony wet clit
hot brunette load
blowjob race


[url=http://unlimlover.net/lisa]sexey nudes[/url]
[URL=http://unlimlover.com/2/index.html]swimsuit pussy[/URL]
[url=http://errozone.com/getonyou]porn vidios[/url]
[URL=http://www.unlimlover.org/index.html]gay travel clubs[/URL]
[url=http://sexspacer.com]teen elegance[/url]
[url=http://unlimlover.org/jesebell]speed dating edmonton[/url]
[url=http://unlimlover.org/showyou]asian gangs[/url]
[url=http://loverrules.com]hairy asian women[/url]
[url=http://unlimlover.org/eva]teenie whores[/url]
[URL=http://errozone.com/index.html]mature ebony bbw[/URL]
[url=http://unlimlover.net/erotique]bbw auto[/url]
[url=http://microsexual.com]noelia monge sex tape[/url]
[URL=http://www.unlimlover.com/index.html]twinks vintage[/URL]
[URL=http://unlimlover.com/3/index.html]xxx housewives[/URL]
[url=http://unlimlover.com/big]little girl orgasm[/url]

Anonymous said...

Saya berpendapat ya akhi, lebih baik kita tidak menyebarkan perkara seperti ini. Dapatkah seorang manusia itu menanggung dosa orang lain, tidak mungkin dapat. Nama-nama yang disebut, langsung tidak pernah kita kenali atau bersua muka. Takutlah kepada Allah agar tidak menyebar api fitnah, kerana api itu akan membakar sesiapa sahaja yang menyebarkannya, umpama api membakar kayu nescaya hangus ditinggal abu. Yang amat penting sekali adalah pesanan rasul allah, apabila kamu mengetahui tentang seseorang, sebelum kamu nilaikan luarannya, telitilah bawaannya. Jika baik bawaannya yakni kebaikan dan hikmah maka baiklah keseluruhannya jika cantik luarannya buruk bawaannya, yakni fitnah dan ingkar, nescaya rosaklah kesluruhannya. Islam sering berpesan kepada kita agar tidak mengecam atau membenci sesorang berdasarkan luarannya kerana kita tidak mengetahui dirinya dengan kata orang mahupun dari kata-kata sang pengkhianat tetapi apabila diteliti bawaannya dengan benar dengan bersua dalam majlis ilmu, sudah tentu dengan izin Allah akan menemui kebenaran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails