Tuesday, December 29, 2009

PAS, Parti Asri Sekeluarga.. Husam Mula Lawan Tok Guru?

Husam (kiri) mengingatkan kepada zaman PAS digelar “Parti Asri Sekeluarga”.

KUALA LUMPUR, Dis 29 — Di tengah-tengah kontroversi yang melanda keluarga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang Exco kanan beliau muncul dengan kenyataan “pedas” bahawa konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara urusan keluarga dan urusan negara.The Malaysia Insider hari ini.

Husam berkata pengasingan itu mestilah dilaksanakan bukan sahaja dari segi undang-undang, tetapi juga dari segi moral. “Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah ‘stakeholder’ yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah,” kata beliau dalam blognya.

Pandangan itu tidak merujuk keluarga Nik Aziz secara langsung tetapi disiarkan ketika Nik Aziz dikatakan sedang membuat rombakan pentadbiran Pejabat Menteri, yang dipercayai akan diumumkan hari ini. Pandangan itu juga diluahkan ketika dua anak Nik Aziz iaitu Nik Amalina dan Nik Abduh menulis dalam blog masing-masing baru-baru ini mendakwa ada pihak dalam parti dan kerajaan yang memberikan nasihat tidak betul kepada Mursyidul Am PAS itu sehingga menyebabkannya membuat beberapa keputusan salah.

Salah satu isu yang dihadapi oleh Nik Aziz ialah kedudukan menantu Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau yang merupakan suami Nik Amalina akan meninggalkan agensi ini Mac depan. Dengan mengemukakan sejarah Nabi Muhammad, Husam mengakui wujudnya keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu.

“Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah dan isu-isu itu pula bukan berbentuk keuntungan kewangan atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada kepentingan umum,” kata beliau yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan ini menjelaskan, apabila sampai kepada isu keuntungan kewangan, kedaulatan undang-undang dan isu pemerintahan yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan. “Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri,” kata anak didikan Nik Aziz ini.

Husam menambah batas sedemikian perlu dipelihara ketika masyarakat sedang menanti kebangkitan yang padu tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan. Husam juga mengingatkan tentang keperitan yang pernah diharungi oleh PAS akibat tuduhan kronisme ketika parti itu diterajui oleh Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda.

“Satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga — kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri.

“Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali,” katanya.

Beliau juga mengemukakan kemelut yang dihadapi oleh dua bekas Perdana Menteri akibat tuduhan kronisme.

“Antara isu yang sukar ditepis oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu ‘bailout’ syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini.

“Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisme Mahathir sekitar awal 1990an,” katanya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi juga sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau, kata Husam.

“Beliau berjaya membawa Umno dan Barisan Nasional (BN) menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

“Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau.

“Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik (menantunya) Khairy Jamaluddin, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat,” kata beliau sambil mengingatkan bahawa politik Malaysia memandang serong politik keluarga sedemikian.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Selama ini Husam seolah-olah diam dalam kes ini, tetapi kini sudah mula bersuara. Apa beliau mula lawan Tok Guru Nik Aziz bosnya? Yang penting gelombang ini perlu disifatkan sebagai gelombang yang membawa penjernihan dan penenangan. Bukan gelombang membawa kekeruhan, kerana ada golongan yang siap sedia menangguk di air keruh?

Sila lawati..

blog Husan..

Malaysia atau diri

& ~penarik beca
Husam mencari nahas -

3 comments:

Reformis Jalanan said...

Biarlah. Itu hak dia untuk bersuara.

Anonymous said...

Saya amat menyanjung tinggi akan peribadi DHusam. Malah melihat beliau sebagai generasi pimpinan PAS masa depan yang boleh mencabar UMNO dan BN, selain DSNizar, Dr Syed Azman, Salehudin, Dr Hatta dll.

Saya berharap 'para ulama' mengkaji bagaimana Empayar Usmaniah' akhirnya lenyap di bumi ini pada 1924M...

Mesej saya: Islam itu bukan milik 'golongan asas-lulusan agama' sahaja. Seringkali mereka menidak bahawa Islam itu dinamik bukan statik. Lantas lebih ingin memelihara 'status kuo' dari memasyarakatkan Islam secara mendepani cabaran dan tuntutan semasa.

Northerner1

Anonymous said...

Adalah menjadi hak kepada Tok Guru Nik Aziz sapao yang dia nak pakai dan nak guna sebagai Setiausaha-setiausahanya.

Husam kecut perut disebabkan Anual bakri adalah orang yang dibawanya sebagai Setpol Tok Guru, setelah Husam di angkat jadi calon.

Masa Husam boleh perguna Ariffahmi, semua nampak OK, tetapi apabila Ariffahmi mulai fahami rentak Husam, Husam mulai cuba strategi baru pula,
Inilah Husam yang ku kenal sejak 18 tahun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails