Sunday, December 27, 2009

S'ngor: Besok Pula Serah Memo Keluar Pakatan?

Penyokong PAS Selangor gesa PAS keluar Pakatan

SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.

Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.

Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.

“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan Islam.

“Justeru, kami mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat di Selangor,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan perhimpunan aman bersama 21 penyokong PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor dekat sini.

Laporan Harakah Daily semalam yang memetik kiriman SMS berkata perhimpunan itu akan diadakan di pekarangan pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini hari ini.

Sempena perhimpunan itu, menurut SMS tersebut, satu memorandum akan diserahkan, yang bakal diterima sendiri oleh Hasan.

“Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat. Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...,” tulis SMS itu dipetik portal tersebut.

Harakah Daily mendakwa Umno mahu mengambil peluang dari masalah dalaman yang berlaku di Selangor sekarang untuk memecahkan PAS ketika wujud spekulasi Umno-BN akan mengambil alih negeri itu bulan depan.

Sementara itu, Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan yang merupakan Adun Gombak Setia dan Exco Kerajaan Negeri Selangor semalam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya sama sekal tidak akan keluar PR Selangor.

Perkembangan ini berlaku ketika Hasan sedang disiasat oleh jawatankuasa disiplin PAS.

Dalam pada itu, setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi tadi mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang memorandum sehingga malam tadi.

“Pagi semalam kami ada majlis di Ampang yang turut dihadiri Datuk Hasan... Jika pun Datuk Hasan ada menerima memorandum sudah pasti saya tahu... hari ini pejabat PAS Selangor tutup dan kami tidak terlibat dalam perhimpunan itu,” katanya.

Ketika pelbagai versi dikemukakan sejak awal semalam, maklumat pagi tadi pula menyebut memorandum sudah pun diserahkan kepada Hasan pagi semalam.

(Sumbar: The Malaysian Insider)

Sementara itu, PAS Pusat telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi. (AK)

3 comments:

abu said...

someting wrong with hassan ali dan pas khasnya.

kenapa harakahdaily tak dapat menghubungi hassan tapi ejen singapura insider dapat pula menghubungi hassan ?

Anonymous said...

Kelakar sungguh... adake kutu berahak dengan seluar pendek mengaku ahli pas... dan menjadi kumpulan pendesak pulak tu... takde sorang pun pakai kopiah, jubah, serban spt kebiasaan org pas. kalau ye pun orang pas dah tentu baru setahun dua kenal pas... kumpulan ni boleh masuk rajalawak

Anonymous said...

Memang lawak sangat! puak2 ni memang terkenal pasal berlakon, kih kih kih, tp sayang, berlakon tak kena tempat, kalu ketagih sgt pun nak belakon, pi la jumpak Aziz M. Osman ke, Datok Yusof Haslam ke atau kalu masuk pertandingan Raja Lawak pun... buleh la dpt no. 2 dari belakang, kih kih kih.....
Hmmm, nak kata depa ni bodoh, marah pulak tp puak2 ni memang tak cerdik pun...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails