Wednesday, December 30, 2009

Lagi, Kegagalan Sistem Perundangan Ciptaan Manusia.

GAMBAR di atas, polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa yang berselindung di sebuah hotel yang disyaki menawarkan khidmat seks di Petaling Jaya, petang semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua lelaki, termasuk seorang pelanggan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan mengejut itu dan mereka disiasat di bawah Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana khalwat.

Hanya ditahan kerana khalwat? Di situlah kegagalan sistem perundangan di Malaysia, tidak dapat mnyelesaikan masaalah sosial negara.. Hukuman dinilai dari segi benda sahaja.

Beritanya...

Rabu Disember 30, 2009 :Polis Serbu Spa Disyaki Tawar Khidmat Seks

PETALING JAYA: Polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan dan spa yang berselindung di sebuah hotel yang disyaki menawarkan khidmat seks di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dua lelaki, termasuk seorang pelanggan ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan mengejut itu dan mereka disiasat di bawah Seksyen 29(1)(a) dan Seksyen 29(1)(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana khalwat.

Arjunaidi berkata hasil maklumat daripada orang awam dan risikan, serbuan dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang oleh polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan JAIS.

"Ketika serbuan lelaki tempatan itu sedang diurut oleh pekerja (wanita) dalam sebuah bilik manakala seorang lagi adalah pekerja spa itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Arjunaidi berkata, seramai 17 pekerja wanita tempatan yang berusia lingkungan 20-an turut diambil keterangan.

"Kita telah beberapa kali menyerbu spa yang menyediakan 54 bilik ini, namun tiada bukti mengatakan mereka menjalankan kegiatan haram berkenaan malah tiada bahan bukti yang digunakan bagi perkhidmatan seks," katanya.

Katanya, polis bagaimanapun akan terus membuat pemantauan bagi memastikan tiada aktiviti atau perkhidmatan tidak bermoral dijalankan di sebalik perniagaan yang dijalankan.

Spa yang baru beroperasi lebih tiga bulan itu menjalankan perniagaan pada setiap hari dari pukul 4 petang hingga lewat pagi yang turut menyediakan sauna dan mandi wap dipercayai dijadikan modal untuk mengaburi pihak berkuasa. -BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails