Friday, January 22, 2010

Khalid Samad Jumpa Sultan Hari Ini. Tahniah!


KL Jan 22 2010: Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dititahkan mengadap Sultan Selangor hari ini. Empat hari selepas aduan polis dibuat terhadapnya yang mendakwa beliau tidak menghormati baginda berhubung isu penggunaan kalimah Allah. Ketika dihubungi pagi ini, Khalid mengesah beliau akan mengadap baginda hari ini.

Menurutnya, pertemuan itu dijangka selesai sebelum waktu solat Jumaat. Ketika ditanya sebab beliau dititah mengadap hari ini, Khalid berkata, sebelum ini, beliau selaku ahli parlimen Shah Alam, telah memohon untuk mengadap bagi mendapatkan wawasan baginda mengenai pembangunan Shah Alam.

Katanya, beliau menghantar surat tersebut dua bulan lepas. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan isu isu penggunaan kalimah Allah turut dibangkit dalam pertemuan tersebut. Semalam, Khalid menafikan beliau tidak menghormati baginda apabila mempertikaikan penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam perhimpunan di Masjid Negeri baru-baru berhubung isu tersebut. Aduan polis terhadap Khalid itu dibuat oleh 16 NGO Isnin lalu berhubung isu tersebut. Demikian dilaporkan Malaysiakini.com.

Sementara Harakah pula menyebutkan,Ahli Parlimen Shah Alam itu, menggesa satu kajian semula perlu dibuat terhadap Enakmen-enakmen Agama khususnya di Negeri Selangor yang dibuat pada 1988 dahulu di waktu kefahaman umat Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi sedemikian rupa.

Menurutnya, enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qat’ie yang tidak boleh berubah, ia boleh dikaji dari masa ke semasa dan tidak ada sebab ia perlu diubah sekiranya kefahaman umat semakin mantap. Khalid yang juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat juga berkata, sudah tiba masanya Selangor memberikan peluang kepada tokoh-tokoh ilmuan agama diberi peluang dan kedudukan sewajarnya di dalam institusi keagamaan di Negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baharu.

Khalid juga mengulangi keyakinannya bahawa kepentingan Islam dan umat Islam akan lebih terbela jika JAIS dan MAIS dipengerusikan oleh mereka yang berpengetahuan agama yang bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.

Blog Ibnu Hasyim: Sokong Khalid. Teruskan Perjuangan, tahniah.

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails