Monday, January 18, 2010

Bazar Tok Guru Rugi RM50 Juta: Apakata Husam?

EXCO kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong saranan supaya kebocoran maklumat mesyuarat exco negeri, berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru disiasat bagi mengelakkan ada mana-mana pihak "menjadi mangsa permainan".

Beliau juga menyarankan supaya Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat memulakan siasatan dengan memanggil anggota exco terlebih dahulu. Ini ekoran maklumat tersebut didedahkan oleh Penulis blog Kicdafella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang diketahui umum rapat dengan Husam.

Syed Azidi dilapor mendakwa, projek tersebut, yang merupakan usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensa Timur Sdn Bhd, dikatakan rugi kira-kira RM50 juta. Dan kelmarin, exco kerajaan tempatan, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Nik Aziz menyiasat kebocoran maklumat itu, kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Mengulas mengenainya, Husam berkata, siasatan tersebut dapat mengelak sebarang sangkaan atau perbuatan menuding jari, berhubung perkara itu. "Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong," tulis Husam dalam blog - Cetusan Hati - kelmarin.

"Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru (Nik Aziz) memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya.

"Ia boleh bermula dengan ahli exco sendiri supaya ia (tuduh-menuduh) tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka (sesama sendiri)," tulisnya lagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Tarik benang dalam tepung.

1 comment:

yes said...

Assalamualaikum.
ada dua perkara yang patut di siasat.

1. Pertama, tentang kebocoran Rahsia, ia harus di siasat. Tetapi saya nak tanya, zaman Rasullah SAW adakah pentadbiran negara di jalankan secara rahsia?

2. Selain dari isu kebocoran, perlu juga di siasat, adakah unsur PENIPUAN atau PECAH AMANAH atau RASUAH dalam perkara ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails