Monday, October 26, 2015

RM40.8J Sepanjang 6 Bulan Kos Pesawat Najib. -Rafizi Ramli

PARLIMEN Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mendakwa pesawat yang digunakan oleh kerajaan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang enam bulan lalu menelan perbelanjaan kos RM40.8 juta.
Katanya, jet ACJ320 milik kerajaan itu membuat 42 penerbangan di antara bulan April dan 2015 September. Beliau menganggarkan sepanjang tempoh berkenaan, kerajaan membayar RM13.3 juta bagi sewa, RM23 juta untuk operasi, penyelenggaraan dan pengurusan manakala RM4.5 juta lagi bagi penerbangan.
"Jika angka-angka ini tidak betul, saya mengalu-alukan kerajaan untuk memberi angka sebenar.
"Jika tidak, kami akan mengandaikan bahawa angka-angka ini adalah betul," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Rafizi memberikan anggaran jumlah RM40.8 juta selepas kerajaan enggan mendedahkan jumlah yang dibelanjakan untuk pesawat Najib sepanjang enam bulan itu.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sekadar mendedahkan bahawa pesawat itu membuat 42 penerbangan membawa Yang di-Pertuan Agong, Najib dan timbalannya ke majlis rasmi. (MK)

3 comments:

Anonymous said...

Maklumat itu rasanya x berguna bagi orang Melayu.

Penyokong Melayu mereka sebenarnya suka dan bangga pemimpin mereka belanja juta2.

Perangai Melayu suka TUMPANG GEMBIRA!!!

Hari2 mereka sendiri makan pasir pun x kisah.

Anonymous said...


RM40.8J boleh digunakan untuk membina 1000 buah rumah untuk rakyat miskin atau 3 buah sekolah baru untuk 3600 pelajar, 10 buah kilang yang boleh menyara 1000 keluarga pekerja, 1 atau menampung 13,600 keluarga miskin setiap 6 bulan !

Jika setahun, bagaimana? 2 X RM40.8 juta = RM81.6 juta .

10 tahun? RM816 juta !!!!!!!!!!!!!!!

Oleh sebab itu, kita perlu memilih pemimpin-pemimpin yang benar-benar bersih, cekap, jujur, amanah, adil, beriman dan takut kepada Allah untuk mentadbir negara kita dan mencegah pembaziran ! PRU 14 adalah peluang untuk kita semua menyelamatkan negara kita.

Kita juga tidak boleh menyokokong dan mengundi pemimpin-pemimpin politik yang menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini supaya Allah tidak murka terhadap kita semua.

Anonymous said...

SOKONG ANOM 7.16
masalahnya nak mengundi parti apa....?
PAS hanya bertanding di berapa kerusi yg sukar memperolehi majoriti mudah... kena bergabung juga..
Satu Pakatan Rakyat yg telah di arwahkan
Satu lagi Pakatan Harapan... yg baru....
Masalahnya parti pembangkang saling bercakaran di saat2 raktat memerlukan gabungan yg mantap tidak seperti mana APU dan GR semasa zaman S46...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails