Wednesday, October 28, 2015

Kerjasama Serantau Ganti TPPA -Abdul Hadi Awang


PAS memberi amaran terhadap agenda Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan menurutnya menghilangkan sempadan bumi dan perairan, sekali gus sifat kemanusiaan sejagat.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, penjajahan baru 'berlandaskan' undang-undang itu ibarat cacing dalam perut ular atau ikan dalam mulut jerung.
Anggota parlimen Marang itu membangkitkan bagaimana golongan seperti petani dan nelayan kecil akan bersaing selepas perjanjian itu dilaksanakan.
“...sama sahaja nasibnya para kontraktor tempatan akan bersaing dengan kontraktor gergasi yang masuk kerana perjanjian yang merobekkan sempadan ekonomi negara,” kata presiden parti Islam itu
“Belum lagi dikira dolar Amerika yang tidak diketahui cagarannya tetap perkasa, mungkin dengan kertas kosong, kerana kuasa besar bersemangat penjajah melindunginya dengan kadar ringgit yang tidak mampu dipertahankan.”
Bercakap ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, petang semalam, Hadi justeru berkata TPPA bukan penyelesaian terhadap masalah ekonomi global.
Ia, sebaliknya, kata Hadil ebih bersifat penjajahan baru dalam aspek ekonomi kerana ia didakwa tidak mewujudkan kerjasama yang saksama dan adil.
“Adalah lebih baik bagi negara kita mengadakan kerjasama serantau dan negara yang yang terdekat diutamakan,” katanya.
Rundingan TPPA melibatkan 12 negara telah dimuktamadkan di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
Ia akan dibincangkan di parlimen sebelum ditandatangi negara terlibat.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden AS Barack Obama (gambar) dijadual sekali lagi melawat Malaysia bulan depan.
Ia dilihat antara langkah melobi Malaysia menerima perjanjian itu, walaupun berdepan bantahan hebat pembangkang dan masyarakat sivil. (MK)

2 comments:

Anonymous said...


TPPA membolehkan negara Amerika Syarikat menjajah negara kita melalui ekonomi. Persaingan antara syarikat gergasi Amerika dengan syarikat kecil negara kita akan menyebabkan syarikat kita akan gulung tikar dan penggangguran berlaku. Lambakan barangan asing di negara kita akan menyebabkan barang-barang dan perkhidmatan tempatan tidak laku. Mahkamah Amerika Syarikat boleh campurtangan dalam urusan negara kita !

yanga manakah anda mahu....TPPA atau kemerdekaan?

Anonymous said...

Kerajaan Amerika Syarikat(AS) memaksa negara-negara kecil menerima TPPA untuk menyelamatkan ekonomi AS ! Orang bododh akan menerima TPPA seperti ikan menelan umpan dan mata kail terus ke dalam perutnya !

Fakta yang dirahsiakan oleh kerajaan AS ialah dollar Amerika tidak mempunyai sebarang nilai. GDP AS ialah $17 trillion sedangkan hutang AS ialah melebihi $200 trillion. Dan pembela AS mendakwa AS tidak akan muflis walau sebesar mana hutang AS kerana kilang percetakan AS boleh mencetak lebih banyak dollar AS untuk membayar hutang ! Ini bererti dollar AS bernilai seperti surat khabar lama! Tidak ada negara lain yang mahu menggunakan dollar AS kecuali AS sendiri kerana terlalu banyak lambakan kertas dollar AS dalam sejarah perdagangan manusia. Dollar AS adalah akan menjadi seperti lambakan wang kertas pokok pisang yang tidak bernilai di zaman Jepun menjajah Semenanjung Tanah Melayu.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails