Saturday, October 31, 2015

Vape: Kerja Bodoh! K'jaan M'sia Tak Tanggung-jawab, Perosak Kesihatan Rakyat.

Hilmi menunjukkan rokok elektronik atau vape yang akan dikawal penggunaannya.

BALIK PULAU – Kementerian Kesihatan mengesahkan penggunaan cecair di dalam rokok elektronik atau vape yang dibakar melebihi lima voltan berupaya menghasilkan ubat pe­ngawet mayat dan cuka getah yang menjadi punca utama penyakit kanser kepada penggunanya.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, menerusi kajian yang dilakukan, vape mengandungi propylene glycol atau bahan yang digunakan untuk menghasilkan wap yang banyak termasuk mempunyai cecair nikotin.
Menurut beliau, penggunaannya bukan sahaja boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan malah menghasilkan bahan kimia menerusi pembakaran menggunakan bateri.
“Kalau rokok mengandungi 87 bahan yang menyebabkan kanser tetapi vape, bila kita bakar menggunakan bateri melebihi lima voltan, cecair itu akan menjadi panas lalu membentuk formaldehyde iaitu ubat pengawet mayat dan cuka getah,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Malaysia, sama seperti kapitalis-kapitalis dunia lain sanggup membunuh jutaan rakyatnya sendiri melalui rokok, yang dibenarkan, tidak dilarang di negara masing-masing. Kerana keuntungan cukai rokok yang sedikit, sanggup mengorbankan kesihatan rakyat jelata hingga mendatangkan kerosakan lebih besar. 
Kerana itu, wang yang mengalir keluar negara dan masuk ke poket kapitalis lebih banyak dari cukai yang diperolehi untuk menolong rakyat. Ertinya teori ekonomi tersebut tidak menguntungkan rakyat dan negara. Begitulah yang sedang dan akan terjadi pada vape. Itu kerja bodoh!
Solusinya? Kembalilah kepada dasar kebajikan pemerintahan Islam, seperti di zaman kegemilangan Rasulullah SAW, Khalifah Ar-rasyidin, dan selanjutnya. (IH)

Lihat sebelum ini..


2 comments:

Anonymous said...


Nampaknya kera-jaan BN lebih mementingkan wang dari cukai benda haram seperti judi, penternakan babi, arak dan rokok dari kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan hukum Allah walaupun benda haram tersebut telah dibuktikan secara saintifik merbahaya kepada manusia!

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan 100,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun di sebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Persatuan kanser telah menyatakan angka 100,000 hanya bilangan perokok. Ia tidak termasuk mereka yang mati akibat penyakit disebabkan terhidu asap rokok. Kajian menunjukkan asap rokok lebih berbahaya daripada merokok sebenar. Jumlah kematian meningkat setiap tahun dan ini satu kebimbangan kepada kita. Mengikut anggaran, sekitar 1 bilion orang akan mati akibat penggunaan tembakau dalam abad ke-21.

Pilihlah parti Islam PAS yang sedang berusaha melaksanakan hukum Allah untuk mentadbir negara ini dan menjaga kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Negara yang melaksanakan hukum Allah akan diberkati Allah. Undilah PAS dalam PRU14 untuk kesejahteraan anda !

Nota: Hanya parti Islam PAS yang memperjuangkan perlaksanaan hukum Allah di negara ini. Parti-parti sekular pula sibuk menentang perlaksanaan hukum Allah di negara ini.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih info tuan. Al-hamdulillah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails