Friday, October 30, 2015

50 Kes Remaja Hamil Luar Nikah Sehari, 4,500 Tiap Tahun? Malu le..


PUTRAJAYA - Purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes membabitkan remaja yang mengandung luar nikah, katanya.

"Secara purata terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Ditanya mengenai bilangan remaja yang hamil akibat dirogol, Dr Subramaniam berkata, jumlahnya amat kecil.
    
Beliau berkata kehamilan di kalangan remaja bukan sahaja memberi kesan kepada individu berkenaan, malah dikhuatiri boleh mengundang risiko kematian terhadap bayi dalam kandungan selain ibu itu sendiri.
    
"Kadangkala ada remaja ini yang sembunyikan kehamilan mereka sehingga mendatangkan risiko kepada badan sendiri dan ada yang meninggal dunia semasa proses kehamilan atau ketika bersalin," katanya.
"Isu remaja hamil ini merupakan satu isu yang amat sensitif, tidak seperti orang sakit boleh jumpa doktor dan dapat rawatan," katanya lagi.

Menurutnya, Kaji Selidik Kesihatan Pelajar Berasaskan Sekolah Global kendalian Kementerian Kesihatan pada 2012 membabitkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di seluruh negara, mendapati 50.4 peratus yang ditemui mengaku mengadakan hubungan seks kali pertama sebelum usia 14 tahun.

"Jika ini tidak ditangani ia akan meningkatkan lagi risiko kehamilan di kalangan remaja dan seterusnya mengundang kesan negatif seperti pembuangan bayi," kata Dr Subramaniam.
    
Mengenai pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan, Dr Subramaniam berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak agar
mengambil tindakan lebih berkesan menghadapi isu wanita dan remaja hamil.
    
Menerusi program itu, Kementerian Kesihatan menyediakan pusat jagaan yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada remaja serta wanita hamil tanpa nikah selain bayi yang bakal dilahirkan.

Ketika ini pusat penjagaan Generasiku Sayang telah diwujudkan di semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Pahang. - (Bernama).
Perlakuan ke arah najis zina, tanda kegagalan dasar pelajaran Malaysia sehingga berlaku 50 kes remaja hamil luar nikah sehari..

Malu le, kerajaan Malaysia mengaku Islam begini. Mengapa? Kerana Malaysia bukan 'negara Islam', tetapi 'negara umat Islam' saja. Tak mahu laksanakan undang-undang Islam. Lain semua 'Malaysia Boleh', Tapi, nak laksanakan Islam secara syumul, tak boleh. Pemimpinnya berjiwa kerdil...

4 comments:

Anonymous said...

Mungkin remaja terbabit selalu baca blog ibnu hasyim yg kerap papar kisah seks, tu lah yg mereka cuba buat

Anonymous said...

Sex kan sebahagian kehidupan. Orang bagi..kita menerima. Orang hidang.. kita makan. Yg penting dua2 puas dan kenyang.

Anonymous said...

Remaja Skrg sahut seruan kera kera jaan tranfomasi.... Di dlm semua aspek..... Termasuk sex... Nk nikah mahal.... Kna kursus... Byk proses Jd... Bt tranfomasi sendiri... Jk mengandong pon ada rumah harapan.... Semuanya selamat.

Anoynimous said...

Pemimpin islam mesti mahu undang undang islam dilaksanakan
Jika pemimpin tak mahu laksanakan undang undang islam maknanya pemimpin itu cuma pura pura islam, betul tak? Salah ke?
Contoh kalau pura pura jadi polis maksudnya menyamar polis. Polis sebenar pasti akan laksanakan undang2 polis dak?
kalau pura pura islam, maksudnya?
Nak sebut nanti sangkut dok dalam, tak sebut pulak aduh tak reti bahasa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails