Sunday, October 25, 2015

Satu Penghormatan, PAS Letak Calon DHPP. Tahniah!

Timbalan Pengerusi DHHP Pusat, Lim Guan Seng 

KOTA BHARU - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyifatkan perancangan Pas untuk meletakkan calon dalam kalangan ahli DHPP pada PRU14 sebagai satu penghormatan.

Timbalan Pengerusi DHHP Pusat, Lim Guan Seng berkata, pihaknya menyambut baik cadangan tersebut sekiranya benar ada ruang untuk ahli sayap parti itu bertanding pada PRU14.

“Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang perbincangan atau pengesahan mengenai perkara itu daripada pihak pimpinan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Guan Seng yang juga Pengerusi DHPP Kelantan berkata, pihaknya bersedia menggalas tanggungjawab tersebut sekiranya diberikan peluang.

“Sebagai sayap parti, menjadi tanggungjawab DHPP untuk membantu parti dan jika diberi tempat dalam pilihan raya, persediaan perlu dilakukan dari sekarang,” katanya.

Rabu lalu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, parti itu telah mengenal pasti calon-calon berpotensi daripada DHPP untuk bertanding menentang DAP pada PRU14.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan berkata, setakat ini ada beberapa calon yang berpotensi untuk diketengahkan, namun perkara itu belum dibincangkan lagi memandangkan ia masih terlalu awal. - SInar 


Tahniah kepada PAS! (IH)

4 comments:

Anonymous said...

Ini berita bleh buat dap n penyokongnya naik hantu sudah lah mereka tu nampak mcm hantu kak limah je selama ni.tengok la bloq bloq penyokong mereka habis meroyan nanti.padahal mereka mmg sudah selalu meroyan juga.kesian betul entah bila nak baik.buat berubat tak nak juga.elok pegi kat tempat harun din tp tak percaya air jampi pula.ulamak tipu katanya
tokong tak tahu tipu.tokong nak org sembah sj.cemuh la lg bat8.

Anonymous said...

TAHNIAH. ... LETAK LA CALON MANO2 PUN... LTK MELAYU KA... ISLAM MELAYU KA... CINA MUSLIM KA... CINO INDIA SIAM BUKAN MUSLIM KA...
INS SHA ALLAH ... SEHINGGA HARI INI SAYA ISTIQOMAH. .. TAK AKAN MEMBERI UNDI KPD MANA2 CALON YG GUNAPAKAI LAMBANG "0" DI PARLIMEN DAN DUN DLM PDM PASIR PUTEH KELANTAN DARUL NAIM KERANA CAKAPNYA KOSONG TAPI PONTENG DEWAN PARLIMEN. .. MKN GAJI BUTO..!!!

Anonymous said...

letaklah sapa pun walau anak raja sekalipun insyaallah akan hilang deposit. masaalahnya org pengundi dah hilang kepercayaan kpd PAS bukan individu.

Anonymous said...

Mano ni wan rosli.... senyap tupah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails