Monday, October 26, 2015

Aceh Kuatkuasakan Kanun Jenayah Syariah. Undang-undang Syariah Di M'sia Bagaimana?

Hukun merotan..
BANDA ACEH - INDONESIA. Wilayah Aceh di Indonesia sudah menguatkuasakan kanun jenayah syariah yang ketat, kata pegawai pemerintah tempatan.
Ia antara lain menetapkan zina, homoseksualiti dan berkelakuan intim secara terbuka bagi pasangan yang belum bernikah sebagai kesalahan jenayah.
Aceh satu-satunya wilayah di negara itu yang melaksanakan hukum syariah.
“Golongan bukan Islam boleh memilih sama ada mahu dibicarakan di bawah hukum syariah atau di bawah kanun jenayah Indonesia,” kata ketua jabatan hukum syariah Aceh, Syahrizal Abbas.
Hukum syariah baharu itu juga menetapkan hukuman bagi kesalahan rogol dan gangguan seksual.
Aceh diberikan kuasa autonomi khas pada 2005 sebagai sebahagian daripada satu perjanjian dengan Jakarta yang bertujuan menamatkan keganasan puak pemisah yang berlarutan berdekad-dekad lamanya, dan kemudian dibenarkan menguatkuasakan undang-undang syariah.
Awal tahun ini, sebuah daerah di Aceh meluluskan undang-undang kecil yang mewajibkan sekolah-sekolah mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan dalam kelas.
Satu lagi daerah pula mengharamkan wanita daripada membonceng motosikal dengan penunggang lelaki, lapor Reuters.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mana lebih baik undang-undang Kanun Jenayah Syariah Aceh dengan undang-undang Syariah di Malaysia? Undang-undang Syariah di Malaysia lebih rendah daulatnya undang-undang sivil.. Apa Aceh juga begitu?

1 comment:

Anonymous said...


Allah akan memberkati negara-negara yang melaksanakan hukum Allah:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(At-Taubah 9:71)

Sebaliknya negara-negara orang Islam yang mengingkari hukum-hukum Allah telah ditimpa pelbagai BALA’, MUSIBAH, DAN ‘ADZAB dalam bentuk kehilangan wang berbilion ringgit, terlampau banyak hutang negara, kerugian besar, kemelesetan ekonomi, kemiskinan, peperangan, jenayah, kapal terbang ditembak jatuh atau hilang, pelbagai bencana alam dll. Manusia sesat yang sombong, bongkak, degil, buta, pekak dan tolol secara terang-terangan menentang Allah dan rasulNya ! Manusia sombong dan bongkak itu sesat dan menyesatkan manusia lain! Mereka terlampau menjaga hati orang kafir sehingga mereka sanggup menderhaka kepada Allah dan rasulNya !

KEBODOHAN MANUSIA SESAT MELAMPAUI KEBODOHAN LEMBU DAN KELDAI !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails