Saturday, October 31, 2015

Siri 4: Saleh Man Kekal Istiqamah PAS Seumur Hidup. Tahniah Dari Ibnu Hasyim.

KUALA LUMPUR: Adun Permatang Pasir Datuk Salleh Man (gambar) merupakan ahli PAS seumur hidup dan tidak sama sekali menyertai parti lain dan tidak akan mengkhianati pengundi, ahli dan penyokong yang telah memberikan amanah kepada beliau. 
Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kawasan Permatang Pauh Jamsari Samad dalam satu kenyataan.

Penegasan Salleh Man itu dinyatakan dalam satu pertemuan di Pejabat Permatang Pauh Kampung Semagagah bersama Ajk Pemuda dan Muslimat PAS malam tadi.

Sebelum itu PAS Permatang Pauh telah memanggil Salleh Man bagi menyatakan pendirian beliau berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh ahli, penyokong serta pengundi di Permatang Pauh.

"Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra di pejabat PAS Permatang Pauh. Kita menegaskan agar program perlu ditingkatkan dari masa ke semasa.

"Kepada semua yang berangapan beliau menyertai parti Amanah adalah tidak betul. Beliau tetap Istiqamah bersama PAS," tegas Jamsari.

Menurut Jamsari, walaupun PAS tiada hubungan dengan DAP tetapi hubungan dengan PKR masih seperti biasa dan beliau masih lagi YDP Majlis Agama Islam Pulalu Pinang yang di lantik oleh Yang Di Pertuan Agung.

Katanya, dalam beberapa program kerajaan negeri yang di sertai oleh bekas pimpinan PAS beliau juga hadir sebagai kapasiti YDP majlis bukan kerana menyokong pendirian mereka. 

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu telah merungkai segala isu yang berbangkit dan beliau berjanji akan terus berhidmat dan membawa suara Islam dan menegur jika kerajaan negeri melakukan perkara yang di luar batas Islam. – HARAKAHDAILY 

Tahniah dari sahabat lama Ibnu Hasyim.. Jazakallahu khairan kathira..

6 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

Kita semua kena menghormati keputusan Dato Salleh Man. Itu adalah pilihan beliau. Kita ucapkan selamat maju jaya.

Pandangan rasional hari ini ialah 4uang politik Islam di Malaysia ini cukup luas dan besar dan lebih dari mampu untuk menerima kehadiran PAS dan PAN didalamnya.

Kewujudan PAS dan PAN adalah satu rahmat kepada orang melayu Islam sebenarnya. Ia menyediakan pilihan kepada orang melayu Islam untuk menyertai perjuangan Islam melalui politik dengan lebih ramai. Yang selesa dengan PAS, boleh sertai PAS. Yang lebih selesa dengan PAN boleh sertai PAN.

Sebenarnya appeal kedua-dua parti itu berbeza. PAS mampu menarik minat sebaghagian dari orang melayu Islam di negara dengan caranya dan PAN dengan caranya. Secara kasarnya, mereka mempunyai appeal di dua segmen masyarakat melayu Islam yang berbeza. Jadi mengapa perlu bergaduh?

Tak penting siapa yang lebih betul perjuangannya selagi keduanya berpegang pada kepada sumber yang sama : Al Quraan, Sunnah, Ijmak dan Qias. Baik jalan PAS atau jalan PAN, kedua-duanya adalah ijtihad politik pemimpin masing-masing.

Jadi, bukan ajaran Islam dok nak bergaduh sesama sendiri. Yang lebih aula ialah memcari dan membesar-besarkan titik persamaan yang banyak daripada memcari dan membesar-besar perbezaan yang sedikit. Ukhuwah disemarakkan dalam persaningan yang sihat. Insya Allah, semua menang dan yang paling penting Islam itu pemenang tempat pertama!

Anonymous said...

komen yang menarik untuk difahami oleh semua masyarakat termasuk penulis blog ini.dan kita tunggu apa kata sahabat kita bila diuja dengan sambungan konrak nanti dan pa tindakan pemnpin diatas .

Anonymous said...

Jgn kao menipu. PAN adalah balaci DAP racist yg abadi. Cuba baca blog Tulang Besi Malaysiawaves adalah contoh terbaik hinanya penyokong PAN Imayam.

Satu sokongan kpd PAN Imayam adalah satu sokongan kepada DAP racist

Anonymous said...

Lagi Contoh DAP Anti Islam

KOMEN KHUTBAH JUMAAT, EXCO KERAJAAN PULAU PINANG DISIASAT.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar menyatakan siasatan akan dijalankan terhadap Exco kerajaan Pulau Pinang berikutan komennya terhadap khutbah Jumaat mengenai aurat wanita.


Beliau menambah bahawa exco tersebut akan disiasat dibawah seksyen 298 Kanun Keseksaan. Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat komen yang sensitif sehingga boleh menyentuh sensitiviti agama.

Perkara tersebut disahkan oleh Tan Sri Khalid melalui Twitter rasmi beliau sebentar tadi. Seorang Exco Pulau Pinang mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.

Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama. “Malangnya, khutbah

Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki. “Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan. “Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan
Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini. Jumaat lalu,

Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.” Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk.

Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu. Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita.

Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama. Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.

Anonymous said...

Tony Pua DAP Racist Maki Masyarakat India

TUDUH PENIAGA INDIA 'SAMSENG', PENIPUAN PUAKA TERBONGKAR!!! 

Apa boleh buat. Kalau dah namanya diorang ni dari kalangan puak - puak Pakatan Haprak tu, memang asyik MENIPU rakyat aje la kerjanya. Biarpun terhadap sesama mereka sendiri. Jika sebelum ini, Si Tony Puaka tu didakwa terkedu selepas dimaki hamun oleh sekumpulan peniaga India, mula la dia meroyan dan mendakwa mereka sebagai kumpulan samseng PKR. (Artikel Berkaitan: Tony Puaka Terkedu Dimaki Ahli PKR!!!)

Tapi dari kenyataan yang dibuat bagi pihak peniaga India yang dilabelkan sebagai Samseng oleh Ahli Parlimen DAPigs tu lain pulak ceritanya. Kata mereka, Si Tony Puaka tu yang GAGAL. Kata mereka, Si Tony Puaka tu yang GAGAL untuk menjelaskan kenapa mereka perlu berpindah dari tapak perniagaan sedia ada ke satu kawasan lain bersempena Hari Deepavali tahun ini. Malah peniaga - peniaga India itu juga turut menjelaskan bahawa usaha untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen DAPigs tu sudah beberapa kali dilakukan, namun ianya tidak diendahkan.

Sewaktu insiden ditapak perniagaan itu berlaku, Si Tony Puaka tu dikatakan berbelit - belit memberikan alasan mengenai sebab kenapa mereka perlu berpindah sehingga mencetuskan ketegangan. Ketika berdepan dengan kira-kira 15 peniaga India di Sungai Way itu, Tony GAGAL membuktikan pemindahan tapak bazaar Deepavali itu adalah disebabkan kesesakan lalulintas. Apabila didesak berkali - kali, Tony terkedu dan cuba untuk menukar topik serta mengangkat tangan meminta bantuan kerana sedar dirinya terperangkap dengan penipuannya sendiri.

Melihatkan kehadiran beberapa anggota keselamatan, Tony melambai ke arah mereka untuk meminta bantuan biarpun sebelum ini, Ahli Parlimen itu pernah mencerca pasukan keselamatan itu. Anggota keselamatan terbabit dengan segera memberikan bantuan selepas Tony yang GAGAL memberikan bukti tidak tahan diasak berkali-kali untuk mengemukakan bukti tuduhannya.

Dalam erti kata lainnya, peniaga - peniaga India PKR yang didakwa 'Samseng' tu hanya bertindak 'menyerang' Si Tony Puaka tu selepas dikencing oleh Ahli Parlimen DAPigs tu. Tapi semua tu salah mereka sendiri. Siapa suruh diorang pilih Si Tony Puaka tu jadi Ahli Parlimen!!!

Anonymous said...

Penang Potong Bantuan ke SAR - Dasar Racist DAP disokong oleh PAN Imayam


MEMANG SAH GUAN ENG MENIPU!!!  Sekolah Rendah Islam Al-Ansar (SRIA) in Balik Pulau hari ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP mempunyai agenda politik apabila ia menghentikan bantuan kewangan kepada sekolah itu hari ini.

Pengarah SRIA Muhammad Fauzi Yusof mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri Lim Guan Eng mengamalkan diskriminasi terhadap sekolah itu dengan menarik balik bantuan kewangan kepadanya tahun ini. “Kami menerima bantuan kewangan tahunan dan tahun ini kami telah diberi surat untuk menerima bantuan itu tetapi pada 3 September, kami diberitahu bantuan berkenaan ditarik balik dan seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) datang untuk mengambil balik surat itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau percaya ini menunjukkan ada ‘tangan tersorok’ atau 'tangan ghaib' yang terbabit berikutan campur tangan politik dalam pentadbiran negeri. “Ini adalah kezaliman terhadap sebuah institusi pendidikan agama di negeri ini,” tambah Muhammad Fauzi. Sekolah Agama Rakyat (SAR) itu didaftar dengan Jaipp dan sudah beroperasi sejak 2008. Muhammad Fauzi berkata, sekolah itu kini mempunyai 215 pelajar dengan kebanyakan mereka dari golongan berpendapatan tengah dan rendah.

Minggu lalu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Khairuddin Aman Razali At-Takiri menuduh kerajaan negeri menghenti bantuan kewangan kepada sekolah agama dimilik ahli PAS. Pengerusi jawatankuasa hal-ehwal agama negeri Datuk Abdul Malik Kassim membalas dakwaan itu dengan menyatakan Pulau Pinang terus memperuntukkan RM1.75 juta kepada 177 sekolah agama di negeri ini tahun ini.

Sebelum ini, Guan Eng mendakwa kononnya pihak Rejim DAPigs Negeri tidak pernah mengurangkan bantuan kepada mana - mana SAR walaupun sekupang termasuk SAR milik PAS. Malah, Si Tokong DAPigs tu juga turut mendakwa tuduhan yang dibuat oleh PAS itu hanya sekadar fitnah semata - mata. Tapi sebenarnya dakwaan yang dibuat Si Tokong DAPigs tu hanya Pembohongan yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails