Friday, June 19, 2009

Parasit Menyerang Parti, Ustaz Hadi Perlu Pulang Segera.


GAGASAN Kerajaan Perpaduan yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang kini telah menjadi parasit yang menyerang parti sehingga wujud perpecahan yang begitu menyediihkan di kalangan ahli parti, 'yang terburuk semenjak zaman PAS dipimpin oleh golongan nasionalis, Datuk Mohd Asri Hj Muda'. Demikian pandangan atau siaran dari Kelab Greenboc, sebuah blog yang sedang meningkat naik, diterbitkan pagi ini.

Menurut blog tersebut, Gagasan Kerajaan Perpaduan yang telah ditarik balik beberapa hari sebelum pencalonan jawatan Presiden dan lain-lain jawatan bermula untuk Pemilihan Muktamar kali ke 55 berlansung, telah dihidupkan semula pada hari muktamar, sekalipun tidak disebutkan di dalam ucapan dasarnya, tetapi diwarwarkan kepada pihak media sewaktu ditanya oleh para pemberita. Haji Hadi mengesani bahawa jika gagasan tersebut dimasukkan ke dalam Ucapan Dasarnya sepastinyalah beliau akan menerima nasib seperti bekas Presiden PAS, Dato Mohd Asri dimana ucapan dasar Mohd Asri telah ditolak oleh perwakilan PAS sehingga Mohd Asri diturunkan dari jawatannya dan digantikan oleh Hj. Yusof Rawa.

"Satu hal yang nyata, gagasan Kerajaan perpaduan ini adalah satu penjenamaan semula terhadap gagasan Kerajaan Campuran yang pernah dilontarkan untuk menyaingi gagasan 16 September yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun yang nyata juga, sekalipun gagasan Anwar gagal, namun arus kebangkitan rakyat menunjukkan bahawa sokongan terhadap Anwar dan Pakatan rakyat terus meningkat dengan Pakatan Rakyat memperolehi kemenangan demi kemenangan di dalam setiap pilihanraya kecil yang dijalankan di Semenanjung menjadikan cita-cita untuk menuju ke Putrajaya sebagai sesuatu yang semakin hampir." Kata blog itu lagi.

Namun gagasan Kerajaan Perpaduan tajaan Hadi, serupa dengan gagasan OneMalaysia tajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak jauh berbeza, sekadar slogan retorik yang amat dimenyampahi oleh rakyat. Ia tidak bejejak di bumi nyata dan tidak ada perbincangan serius serta komprehensif dilakukan untuk mempastikan gagasan itu dikupas agar ianya menjadi gagasan ideal yang boleh diterjemahkan di alam realiti sepertimana gagasan-gagasan besar negara contohnya Revolusi Mental, Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan seumpamanya. Penjelasan blog itu selanjutnya.

"Kerajaan Perpaduan" hanyalah idea peribadi yang belum diseminarkan, tetapi telah menampakkan kesan barah yang terlalu mengerikan sehingga wujud perpecahan yang memberantakkan perpaduan jemaah PAS sendiri. Gangasan Kerajaan Perpaduan gagal untuk disepakati lantaran ia berpaksi dari tujuan yang tidak murni. Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman semalam di Parimen, idea ini tidak pernah dibincangkan di dalam Majlis Syura (majlis tertinggi di dalam PAS di dalam soal perlaksanaan dasar dan halatuju parti) yang diketuai oleh Mursyidul Am PAS.

Yang nyata gagasan Kerajaan Perpaduan ini disokong dan disambut penuh kegirangan oleh UMNO, yang mengharapkan bantuan dan sokongan ahli-ahli PAS terhadap survival mereka yang semakin tenggalam di dalam senario politik tanahair. Sementara di dalam PAS pula, yang menyokong gagasan ini adalah mereka yang menjadi penyokong taksub Haji Hadi di kalangan mereka yang tewas di dalam pilihanraya yang lalu untuk mencari jalan singkat menerima jawatan dan habuan sekiranya Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan.

Justeru itu, greenboc mencadangkan, ".. idea yang menjadi duri dalam daging ini perlu segera dibuang jauh sebelum duri itu terus membusuk dan merosakkan daging, dan perlukah pelupor yang menyebabkan luka ummah menjadi semakin parah ini turut dibersihkan dari jemaah dengan meminta beliau mengundur diri sebelum nantinya ahli-ahli mengusulkan undi tidak percaya kepada beliau sepertimana tidak disangka-sangka digerakkan hati mereka oleh Allah untuk berdirinya semalam 10 Ahli Parlimen dan sayap parti Dewan Muslimat PAS Pusat secara tegas menolak Kerajaan Perpaduan untuk terus bersama Pakatan Rakyat?"

Komen Blog Ibnu Hasyim: Patutkah di dalam keadaan ummah sedang kecoh berantakan dengan racun Kerajaan Perpaduan ini, Ustaz Abdul Hadi memilih untuk terus berada di luarnegara disaat sepatutnya beliau WAJIB berada di Dewan Rakyat? Bagaimana pula pandangan Dewan Pemuda PAS? Mendiam seribu bahasakah?
Dikatakan, Nasharudin yang telah menghilang diri dari Parlimen sejak tengahari semalam ditekan lagi oleh dua naib presiden parti itu. Malang bagi Nasharudin tiada siapa yang berani pertahankannya, sementara presiden PAS pencadang idea itu, kini berada di luar negara.

Mungkinkah apabila beliau mempengerusikan mesyuarat khas Isnin depan sudah pasti akan menjarakkan dirinya dari insiden yang memalukan dan memecah-belahkan parti itu. Sanggupkah Ustaz Abdul Hadi pertahankan timbalannya secara terbuka. Nasharudin perlu berhadapan dengan Nik Aziz dan penyokongnya secara berseorangan? Perlukah Ustaz Abdul Hadi pulang segera? Apakah gelombang ini masih gelombang kopi dalam cawan?

1 comment:

Anonymous said...

hadi ini ahli parliman marang bukan ? apa hal nya cabut lari masa parlimen bersidang ?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails