Tuesday, June 16, 2009

Haram SIS, PAS Akui Terlanjur & Ingin Berbincang?


PETALING JAYA Jun 16 2009: Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata, isu Sisters In Islam (SIS) masih perlu diselidiki. "Siasatan harus dijalankan dengan segera.PAS sedia mengadakan perbincangan dengan SIS," kata Khalid yang sebelum ini mengaku berlaku kesilapan dalam usul yang diluluskan tanpa bahas berhubung isu SIS sewaktu Muktamar PAS ke-55 baru-baru ini.

Demikian dilaporkan oleh Keith Jonathan Deuntzer.
Ketika ditanya berkenaan pengharaman SIS, Khalid berkata PAS sudahpun menyerahkan perkara itu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan. Khalid juga mengakui kesilapan ini berlaku disebabkan oleh kealpaan dan kesibukan sehingga tercetusnya polemik kepada banyak pihak. Pelbagai pihak telah salah tafsir mengenai apa yang dimaksudkan dan perundingan (musyawarah) merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini.

Pandangan Khalid ini juga telah mendapat sokongan daripada Muslimat Kawasan PAS Shah Alam. Sebelum ini, ahli Jawatankuasa Muslimat Kawasan PAS Shah Alam, Mascidah Tawil berkata, terdapat kesilapan yang tidak disengajakan tentang usul yang dikemukakan itu. Menurutnya, PAS bukan kejam dan agresif untuk memberi hukuman kepada SIS apatah lagi mereka tidak mempunyai hak untuk mengharamkan sesuatu pertubuhan melainkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Mascidah, perlu memainkan peranan penting dalam membetulkan segala perbezaan pandangan yang di bawa SIS dalam perjuangan mereka. Dalam perkembangan yang sama, jurucakap kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Baharum berkata isu SIS ini akan diserahkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada waktu lain Khalid Samad berkata lagi, sebuah forum perlu diadakan untuk membahaskan mengenai isu 'pengharaman' Sisters In Islam (SIS) itu. "Saya mencadangkan pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), PAS dan SIS duduk semeja dan membahaskan isu ini," katanya kepada mStar Online hari ini.

Menurut Khalid, yang peliknya hingga hari ini belum ada pihak tampil ke hadapan memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut. "Kenapa bila PAS timbulkan isu 'pengharaman' SIS Majlis Fatwa mahupun Jakim tidak mahu mengambil sebarang tindakan dan masing-masing hanya mengambil sikap mendiamkan diri sahaja," katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, pendirian SIS dalam isu-isu seperti pembahagian hukum faraid dan poligami juga agak berbeza. "Perkara begini sepatutnya diberi perhatian oleh mereka (Majlis Fatwa dan Jakim).

Apakah PAS sudah mengakui ketelanjurannya, dan mengalih isu kepada perbincangan?(AK)

1 comment:

Anonymous said...

inilah perangai orang pas bila nak cakap tak pikir panjang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails