Tuesday, June 16, 2009

SIS, Anak Murid Aminah Wadud?

Aminah Wadud jadi imam solat kepada lelaki.. Ajaran Islamkah ini?

'CERAMAH Aminah Wadud di UIN-Jakarta patut disesalkan. Sebuah universitas Islam, memberi ruang tokoh liberal radikal tanpa pembanding' Demikian Lapor Hidayuatullah.com Jun 16 2009 diulas oleh Henri Shalahuddin, MA dosen STID M.Natsir Jakarta, Alumni ISID Gontor.

Hal ini berlaku apabila pada 4 Jun 2009 lalu, Fakultas Ushuluddin dan Filsafat Universitas Islam Negeri Jakarta menggelar kuliah umum bertema "Reading for Gender: Al-Ghazali and the Nature of the Person in Islamic Ethic" yang disajikan oleh Prof. Dr. Amina Wadud. Wadud adalah tokoh feminis liberal radikal dan paling kontroversial sepanjang 14 abad menyusul ulahnya mengimami shalat Jumaat di sebuah Gereja Katedral di Sundram Tagore Gallery 137 Greene Street, New York pada tahun 2005 lalu.

Selanjutnya pada 17 Oktober 2008, Wadud kembali menjadi imam dan khatib Jumaat di Oxford Centre, Oxford dengan makmum lelaki dan perempuan bercampur-baur. Shalat Jumaat ini adalah aksi pembukaan sebelum memulai Konferensi Islam dan Feminisme yang digelar di Wolfson College, Oxford.

'Particularly I will be reading for gender because when you look at the ethical tradition in Islam, this ethical tradition was not base on equality between woman and man
' antara kata-kata Wadudu dalam kuliahnya di Jakarta itu. Kritiknya terhadap konsep etika dalam tradisi pemikiran Islam ditekankan pada diri Imam al-Ghazali, khususnya terhadap karyanya yang paling fenomenal, kitab Ihya 'Ulumiddin, bab Nikah.

Pemikiran Islam yang dikembangkan Imam al-Ghazali, menurut Wadud bukan saja tidak manusiawi tetapi berlawanan dengan prinsip tauhid dan kesetaraan dalam Al-Qur'an. Lelaki dan perempuan adalah setara di depan Allah. Perbedaan di antara mereka hanya ditentukan oleh takwa. Menariknya, dengan penuh percaya diri Wadud berkali-kali membacakan ayat yang dijadikannya sandaran dalil, meskipun selalu keliru baik dari sisi hafalannya mahupun gramatikanya. Man 'amila 'aamilun shalihun min dzakarin au untsa wahuwa mu'minun ulaika yadkhulunal jannah, ucapnya.

Walau begitu, di penghujung presentasinya Wadud mengunci pendapatnya dengan alasan kemanusiaan. "Anda boleh tidak setuju, boleh tidak suka, tapi Anda tidak boleh menganggap bahawa orang lain kurang kemanusiaannya dibanding anda. Jika Anda percaya Allah dan bertauhid! Sebab meskipun mereka semua berbeda, mereka semua berasal dari Realitas Tunggal, Allah. Maka, baik Muslim atau non Muslim, laki-laki atau perempuan, homoseksual atau non homoseksual adalah sama. Anda boleh tidak setuju, tapi mereka semua adalah manusia yang setara!", paparnya di depan para peserta.

(You don't have to agree, you don't even have to like, but you cannot define or consider the other as less human than youself, if you belieft in Allah and if you belieft in tauhid. Because even if they are all different, they are held together by the same Reality of Allah oneness. And so therefore moslem or not moslem that is too equal, male-female, masculine-feminine, man-woman, homosexual - non homosexual, you may not agree but they are equally human!)

Ketika ditanya oleh peserta tentang pandangan seorang feminis yang mengatakan Allah hanya melihat takwa bukan orientasi seksual seseorang, dan puncak kesetaraan tertinggi dalam feminisme adalah lesbianism (sebab dalam paham lesbian, perempuan tidak perlu lagi bergantung pada laki-laki) Wadud hanya menjawab bahawa Islam menuntut iman dan amal sholeh. Tetapi tidak boleh dikatakan pelaku lesbian itu baik atau buruk, salah atau benar apalagi kurang kemanusiaannya. Di sinilah sejatinya inti pandangan 'kesetaraan' (persamaan) kaum liberal yang mengaburkan batasan antara yang hak dan yang batil dengan alasan kemanusiaan.

Ketika dikonfirmasi argumentasinya menjadi imam bagi jama'ah lelaki oleh peserta lainnya, dia menjawab, tidak ada satupun ayat mahupun hadits yang melarang perempuan menjadi imam. Pendapat seperti ini bukan saja keliru kerana banyaknya hadits yang melarang perempuan mengimami lelaki, tteapi juga memalsukan kaedah yang ada, al-ashlu fil 'ibadah haram. Asal usul ibadah itu haram hingga ada nas yang memerintahnya. Kerana ibadah bukanlah inovasi dari manusia yang menyesuaikan selera zaman, tempat atau kepentingan.

Oleh itu, kuliah umum yang dipaparkan Amina Wadud di UIN Jakarta patut disesalkan. Bagaimana sebuah universitas Islam yang menjadi aset terbesar umat di negeri ini, memberi ruang bagi tokoh-tokoh liberal radikal semacam Wadud untuk menyebarkan ideanya tanpa pembanding? Tindakan ini bukan saja keliru secara akademis, tetapi juga penyimpangan terhadap amanah umat. Apalagi dalam kata sambutannya, wakil Dekan Fakultas Ushuluddin mengharap kunjungan pertama Wadud di UIN ini akan berlanjutan di masa mendatang.

Di samping itu, beliau juga menginformasikan pada Wadud di mana pada masa itu, sedang berlangsung diskusi anjuran fakultas membahas tentang Islam Liberal dan Pernikahan lintas agama, kerana topik ini sangat menarik dan menjadi perdebatan antara kalangan sarjana dan ulama. UIN adalah lembaga akademis yang fokus pada pengembangan tradisi pemikiran dan peradaban Islam berdasarkan prosedur ilmiah. Sepatutnya pemegang kebijaksanaan di lembaga ini lebih peka terhadap isu-isu tentang konsep ilmu dalam Islam bukan menyibukkan diri dengan perkara-perkara begitu.

Kuliah Wadud merupakan tragedi keilmuan yang diakibatkan oleh para akademik yang berpolitik. Apakah di Malaysia juga begitu? UIA pernah juga memberi ruang kepada Wadud, sehingga lahir ramai anak-anak muridnya di sini. Apakah SIS (Sisters In Islam) itu murid setia Wadud sehingga golongan agama di negara ini bimbang dan mencadangkan pihak bertanggung jawab menyiasat dan wajib melarangnya? (2MA)

4 comments:

zaidi ali said...

Sekiranya ditanya mana-mana ahli kitab yang memahami al-Quran, hukuman yang selayak-layaknya ke atas Amidah Wadud dan 'anak murid' yang sefahaman dengannya (kerana menyesatkan orang-orang Islam) ialah hukuman mati.

Dalilnya di dalam al-Quran surah al-Kahfi (18: ayat 74-81).

Anonymous said...

Dr Aminah Wadud mengajar di UIAM PJ dalam Islamic Revealed Knowledge Dept yang dipelopori oleh Tan Sri Dr Kamal Hassan manatan Rektor UIAM pada tahun 89 hingga 93.
Beliau mengajar subjek Scineces of Quran dan beberapa kursus yang lain.
Beliau telahpun mengutarakan bahawa perempuan layak menjadi Imam dalam solat yang dimaklumkan lelaki.
TETAPI apabila diminta membawa nas dan dalil, sampai akhir semester, belaiu gagal. Dan beliau juga tidak menunjukkan bahawa Islam ini adalah pelindung kepada wanita.
Dalam penulisannya lebih cenderung kepada Islam yang di zaman Rasulullah itu tidak sesuai dengan zaman sekarang. Oleh itu banyak perkara perlu diubah dan dipinda mengikut kehendak masyarakat sekular yang dikuasai fahaman berasaskan Rom dan Yunani yang terdapat di Eropah dan Amerika Utara.
Sister in Anti ISlam mendapat dokongan dan tunjuk ajar untuk menghentam Islam trasional dari Dr Aminah. Seorang phd dari Jab Pengajian Islam Universiti Michigan.
Dr Mashitah Ibrahim dan Zambry Kadir lebih mengenali beliau.

wan salmah said...

Macam ada yang tak kena je pada Aminah ini. Ingatkan isu yang terjadi pada 2005 tu kali terakhir.

Boleh tak sesiapa yang tahu paparkan bagaimana latar keluarga dia, pendidikan dia dsb. Macam2..agama sesat nih.

zaidi ali said...

Salam.

Bila seseorang yang "beriman dan berilmu" mengkaji al-Quran dengan serendah-rendah hati kepada Allah SWT, maka semakin bertambahlah ilmu dan semakin kenal ia akan zat-zat kebesaran Tuhan.

Bila seseorang yang "beriman dan berilmu" mengkaji al-Quran dengan rasa hati yang bongkak, takabbur dan mempersoal perkara-perkara yang tanpa keizinan Nya maka semakin sesatlah ia.

Bila seseorang yang "berilmu tetapi tidak beriman" mengkaji al-Quran maka akan datanglah petunjuk keimanan ke dalam hatinya.

Bila seseorang yang "tidak berilmu" mengkaji al-Quran, maka tiadalah mendapat apa-apa ilmu darinya.

Begitulah kebesaran mukjizat al-Quran yang semuanya berlaku dengan keizinan Allah SWT.

wallahu aklam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails