Tuesday, September 21, 2010

ADUN Hulu Bernam Sindir PM, Politik Murahan?




SHAH ALAM, 21 Sept 10: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar menafikan dakwaan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa beliau memberikan tazkirah, lebih-lebih lagi tanpa tauliah ketika berada di sebuah masjid di Hulu Bernam ketika Ramadan lalu.

“Bila masa pula saya beri tazkirah? Mana beliau (Khalid) tahu saya cakap pasal hal hal agama?

“Saya cuma berucap untuk merasmikan program yang dianjurkan sahaja. Bagi saya tidak ada isu, cuma ia sengaja diperbesarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada program Hari Raya Bersama Perdana Menteri anjuran Badan Perhubungan Umno Selangor di sini malam tadi.

Beliau berkata Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, sengaja membuat cerita palsu terhadap dirinya sambil menyifatkan dakwaan yang dibuat ahli Parlimen PAS itu sebagai “politik murahan”.

“Saya sebenarnya tidak mahu komen mengenai perkara ini, saya anggap ia politik murahan yang cuba dimainkan Khalid.

“Ketika pogram itu saya hanya menjalankan tugas sebagai seoarang wakil rakyat dan saya berucap untuk merasmikan program,” katanya.

Ketika diminta mengulas lanjut Mohamad Idris menolak untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi berhubung perkara itu.

Jumaat lalu, Khalid menulis dalam blognya bahawa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

Khalid turut menyiarkan beberapa gambar di blognya menunjukkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah. Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan. Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Pada 5 Sept lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau. Dengan merujuk kepada fatwa, Najib berkata pelancong bukan Islam boleh memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mereka memperoleh kebenaran daripada pengurusan selain memastikan tindakan mereka tidak bertentangan dengan kesucian masjid.

Melihat kepada tuduhannya kepada Khalid, 'sengaja membuat cerita palsu terhadap dirinya dan dakwaan yang dibuat ahli Parlimen PAS itu sebagai “politik murahan”, seolah-olah dia menuduh PM juga mengamalkan politik murahan. Apakah kenyataan itu sengaja dibuat Datuk Mohamad Idris Abu Bakar untuk menghina atau menyindir bosnya? (AK)

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

Boleh pulak ADUN UMNO bercakap dalam Mesjid?
Tapi kalau Mesjid Hulu Bernam tu yang dia bercakap atau mesjid Kelumpang tu pun kira oklah.
Sebab nak harapkan Tok Imam tua yang kemaruk baca khutbah lagi hancusss.
Baca teks dalam tulisan jawi pun tergagap-gagap.
Heran, kenapa JAIS tak bertindak ganti orang muda yang ada suara lancar.
Hulu Selangor sekrang ni memang sedih sebab mesjid Kerling pun les.
Habis berpuluh juta, setiap kali waktu solat, separuh saf pun tak penuh.
Yang itu JAIS tak siasat ker>
Tolonglah Pengarah JAIS datang siasat dan tangkap orang-orang tua pencen yang melepak dalam kedai kopi masa orang solat di mesjid.
Barulah bertugas namanya.
Jangan pulak Pengarah JAIS pun tak solat di mesjid kecuali masa Sultan datang resmi sudahlah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails