Wednesday, September 22, 2010

Teguk Arak Sambut Raya, Model Negara Islam UMNO?

BERHIBUR...sebahagian peserta menonton persembahan dalam gig terbabit.

Berhibur... sebahagian peserta menonton persembahan dalam gig terbabit.

KL 22 Sept 10: Hampir 100 remaja punk dan skinhead menyertai gig atau ‘Pesta Mabuk Raya’ anjuran mereka di Desa Pandan di sini, Sabtu lalu, kononnya bagi melepaskan ketagihan selepas sebulan berpuasa. Peserta gig itu yang kebanyakannya remaja Melayu tanpa segan silu meneguk arak di khalayak ramai sambil melayan lagu didendangkan kumpulan ‘underground’ yang bermula seawal jam 4 petang hingga 11 malam.

Apabila semakin ramai yang mabuk, pada kira-kira jam 9 malam berlaku pergaduhan termasuk ada yang membaling botol arak. Menurut sumber, kekecohan itu menyebabkan segelintir penonton lari keluar dari bangunan berkenaan kerana bimbang terkena balingan botol. “Pergaduhan itu berlaku hampir 30 minit sebelum dileraikan penganjur, namun tiada kecederaan serius dilaporkan,” katanya.

Sumber itu berkata, gig terbabit dianjurkan sempena menyambut Aidilfitri dan terbuka kepada kumpulan punk dan skinhead saja. “Selain jemputan melalui pengedaran poster, penganjur juga menjemput mereka melalui laman sembang di Internet,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai perhimpunan haram itu dan menghantar sekumpulan anggota ke tempat kejadian pada kira-kira jam 11 malam.

“Dalam pemeriksaan itu, 10 peserta berusia 18 hingga 25 tahun yang disyaki berada dalam pengaruh dadah dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan.

“Namun, hanya seorang disahkan positif dadah jenis methamphetamin dan akan ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Itulah model generasi muda yang dilahirkan oleh UMNO setelah 53 tahun merdeka. Negara Islam model UMNO. Buat malu saja! (AK)

2 comments:

Anonymous said...

found your site on del.icio.us today and really liked it.. i bookmarked it and will be back to check it out some more later

Anonymous said...

Superb blog post, I have book marked this internet site so ideally I’ll see much more on this subject in the foreseeable future!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails