Saturday, April 03, 2021

Pula! Ada hubungan sulit, ADUN DAP letak jawatan.

 

Adun Teratai Bryan Lai telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha penaja DAP Selangor di tengah-tengah dakwaan mempunyai hubungan sulit.

Buat masa ini jawatan itu dipangku oleh Adun Banting, Lau Weng San. Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo memaklumkan perkara itu dalam kenyataan hari ini selepas mendapat surat letak jawatan daripada Lai.

"Semalam, saya mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa eksekutif DAP Selangor dan kami memutuskan untuk menerima peletakan jawatannya," katanya.
Katanya lagi, Lai pada masa sama kekal sebagai ahli DAP dan Adun Teratai.

Gobind berkata, jawatankuasa eksekutif DAP akan menyerahkan isu tersebut kepada jawatankuasa disiplin parti untuk tindakan susulan.

Bagaimanapun dia tidak mendedahkan sebab peletakan jawatan Lai mahupun keperluan membawa isu itu kepada jawatankuasa disiplin.

Dalam pada itu, Bendahari DAP Selangor Ng Sze Han mengaitkan isu tersebut dengan spekulasi mutakhir berhubung dakwaan Lai mempunyai hubungan sulit.

Ng berkata, oleh itu jawatankuasa negeri menerima peletakan jawatan tersebut.

"Dalam suratnya, dia menyebut jika isu tersebut menimbulkan masalah kepada parti, dia sanggup memohon maaf kepada parti dan letak jawatan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketika dihubungi, Lai mengesahkan peletakan jawatannya dan berkata dia sedang menunggu arahan lanjut daripada parti.

Ditanya berhubung kaitan peletakan jawatan dengan dakwaan terhadapnya, Lai hanya berkata dia tiada sebarang komen berkenaannya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP kini, tanda-tanda zaman keagungannya sudah berakhir. Kerosakannya bermula dari dalam. Buang yang keruh-keruh busuk.. Perlukah ditubuhkan DAP baru?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails