Thursday, April 01, 2021

Selepas gambar dedah peha, kongsi gambar tak berbaju pula..


HALAMAN HIBURAN

SELEPAS mendapat kecaman dan teguran kerana berkongsi gambar seksi yang mendedahkan peha, penyanyi ini....  sekali lagi membuat kejutan dengan berkongsi gambar tidak berbaju. 

Gambar tersebut dimuat naik penyanyi itu di akaun Instagram miliknya tengah malam tadi dan menutup ruangan komen. Turut disertakan bersama gambar tersebut ialah status yang dipercayai merujuk kepada jenama produk kesihatan.

Sementara itu, rakannya... yang juga seorang penyanyi, Mila Jirin sebelum ini pernah membuat teguran terbuka dan mendoakan sahabatnya itu. Kali kedua gambar tersebut dimuat naik, Mila sekali lagi memberi teguran dan kali ini ternyata lebih tegas.

Malah, Mila memberitahu yang dia sebelum ini terpaksa menutup ruangan komen kerana telah dimaki hamun oleh netizen kerana membuat teguran terbuka kepadanya...

“Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!

“Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON!,” kata Mila menerusi status di akaun Instagram miliknya.

Malah, Mila turut mendoakan supaya sahabatnya itu kembali berubah kerana hanya Allah yang mampu mengubah apa yang difikirkan... ketika ini.

(Visited 1 times, 1 visits today)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, masih ada geng-geng penyanyi seperti yang disebut di atas ingin menasihati teman-teman mereka. Syabas!

Di Malaysia, tidak adakah usaha mana-mana pihak untuk menangani masalah tersebut? Kerana ia adalah masalah umum yang mesti ditangani atau dinasihati oleh setiap individu yang cintakan kebenaran dan kebaikan. Termasuk pihak kerajaan, pemimpin dan rakyat yang bertaggung jawab.

Sekian

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails