Sunday, May 09, 2010

MB S'ngor, Didesak Pecat 3 Perasuah Dlm 72 Jam

KL.8 Mei — Ahli Parlimen PKR kawasan Kapar S. Manikavasagam dalam kenyataan dilihat sebagai kata dua kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, memberi 72 jam kepada Menteri Besar Selangor itu agar membersihkan pentadbirannya daripada amalan rasuah.

Manikavasagam yang pernah memberi kata dua kepada Khalid ekoran masalah dalaman awal tahun lalu, mahu Pengerusi PKR Selangor itu supaya segera membuang tiga kakitangan syarikat pasir Kumpulan Semesta Sd. Bhd. kerana mengamalkan rasuah mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Jika tidak, kata anggota Majlis Pimpinan Pusat itu, beliau akan mendedahkan segala maklumat, yang didakwa ada di tangannya sekarang, kepada umum dan juga kepada Suruhankaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tempoh 72 jam itu bermula hari ini.

Kata dua ini diberikan ketika Pakatan Rakyat menurunkan calon mereka pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, Sarawak yag bermula hari ini.

“Saya tidak mahu mendedahkan sekarang dengan terperinci... tunggu dulu. Saya meminta Menteri Besar mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga orang pegawai kanan syarikat pasir negeri,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Bagaimanapun beliau membayangkan rasuah melibatkan urus niaga pasir itu mencecah RM100,000 setiap bulan.

Teks SMS diterima The Malaysian Insider dan juga maklumat yang diperoleh dari blognya lewat petang ini menyebut, “Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam memberi masa selama 72 jam kepada Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membersihkan ‘KOTORAN’ di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang terlalu banyak menerima rasuah.

“Jika benar Parti Keadilan Rakyat membencikan ‘RASUAH’ maka hentikanlah gejala tersebut dengan SEGERA. Datuk Menteri Besar Selangor harus ‘BERSIHKAN’ rumah sendiri terlebih dahulu.

“Tindakan segera harus diambil oleh Datuk Menteri Besar Selangor sebelum Ahli Parlimen Kapar ‘MEMBONGKARKAN’ semuanya.

“Kami tidak mahu ada di kalangan ahli PKR terutama sekali ‘Pucuk Pimpinan’ mengamalkan budaya tidak sihat ini. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelangga.”

Bagaimanapun Manikavasagam menafikan beliau senjaga mahu mewujudkan masalah dalam PKR yang telah pun kehilangan empat Ahli Parlimennya dan satu kerusi lagi dalam pilihan raya kecil bulan lalu.

Sebelum ini Manikavasagam pernah dijadikan spekulasi akan meninggalkan PKR tetapi ia telah dinafikan beliau sendiri.

Menurut maklumat laman web Kumpulan Semesta Sdn Bhd, kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menubuhkan syarikat itu bagi mempelopori industri pasir dan bahan batuan serta mineral lain secara bersepadu.

Ia telah melancarkan tapak operasi pengeluaran pasirnya yang pertama di Lot 32546, Mukim Dengkil, Daerah Sepang pada 15 Sept 2008, yang telah dirasmikan oleh Khalid sendiri.

Lokasi itu akan menjadi model operasi pengeluaran pasir yang prihatin kepada industri pembinaan, alam sekitar dan rakyat.

Awal tahu lalu wakil rakyat penggal pertama itu mengugut akan melepaskan jawatan dalam parti jika pucuk kepimpinan negeri dan pusat enggan mendengar rintihan beliau.

Akhirnya beliau melepaskan jawatan sebagai salah seorang timbalan pengerusi PKR negeri tetapi mengekalkan jawatan dalam MPP. (AK)

6 comments:

Anonymous said...

mb jangan pecaya dengan auta keling ni.... kalau ada bukti, serahla pada sperm suruh siasat dan tangkap! dia pon salah jugak kerana melindungi perasuah... ane ni terlajak banyak makan kari biawak agaknya ataupun tak dapat panggu! macam fairus ngan zaharin tu la.... cuba kalau dapat kat dia, senyaaaaap.macha ni tokey kedai jam ke , nak bagi mb sampai 72 jam!! dey macha kalu butul ada bukti kalu.... kasila sama sprm, apa mau tunggu lagi? lu ada muti' ka tada? kalu lu mau masuk amnu pon tapa... lu tada dalam pkr lagi bagus, ada kurang gelap sikit.....

Zaini Abdullah said...

Sokong! Itu cara betul.

Anonymous said...

Porrah Manica!!

Anonymous said...

kalau dah jenis keling pariah, tetap pariah jugak laaa, kalau dah ada bukti mcm anon atas tu katalah serah pada sperm bior depa uruskan, celaka punya keling paria, kalau nak jd menteri pi join MIC laaa babi

Anonymous said...

Laporkan kepada SPRM senang cerita...berikan laluan 25 jam sehari untuk SPRM menyiasat mcm di kelantan.

Sila bawa bukti.

Saudara rantau said...

auta karey ni, mmg ada niat nak lwn tokey!

kot ye pun ade! nape tak bincang secara dalaman dulu..

ni gopoh nak pi cari media.. nak glamor sorang2 la tu...

ingat suma rakyat bodo ka?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails