Wednesday, May 05, 2010

Kebangkitan Rakyat Bermula Di Sarawak - Tim Pengarah P'raya PAS

Gambar Ibnu Hasyim (berdiri 3 dari kiri, Wan Rahim (berdiri 6 dari kira), Hajjah Mumtaz (hadapan 5 dari kiri) bersama pemimpin dan ahli PAS Sarawak semasa penubuhan cawangan PAS awal-awal dulu.. Lanjut kilik...

KOTA BHARU, 5 Mei 10: PAS yakin, calon Pakatan Rakyat di Sibu mempunyai peluang cerah untuk menang dalam pilihan raya kecil (PRK) itu kerana kebangkitan rakyat negara ini menyokong PR bermula di Sarawak iaitu dalam pilihan raya negeri 2006.

Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) berkata, dengan perkembangan yang berlaku dalam PRK Bukit Gantang dan Hulu Selangor yang memperlihatkan sokongan kuat pengundi Cina, peluang PR di Sibu cerah.

Beliau yang akan berangkat ke Sarawak bersama hampir 30 petugas PAS dari Semenanjung esok berkata, PAS akan memastikan calon PR dari DAP akan mendapat sokongan jentera yang terbaik.

"Paling kurang, kami akan pastikan kita membekalkan cukup agen pengundian dan agen pengiraan undi untuk kawasan Melayu," kata Wan Rahim yang juga anggota Parlimen Kota Bharu.

Kerusi Palimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos. Mereka termasuk 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus). Dalam pilihan raya Sarawak 2006, DAP telah mendapat enam kerusi DUN dan PKR mendapat satu kerusi. Ia dimenangi di kawasan majoriti Cina.

Sejak itu, ia terus berkembang dengan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan semakin meningkat. Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, PAS mendapat 82 peratus sokongan di kawasan yang mempunyai Cina yang ramai iaitu di Kuala Sepetang. Dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pula, calon PKR mendapat 80 peratus undi di Kampung Rasa iaitu kawasan yang mempunyai pengundi Cina yang ramai.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng sekali lagi dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) untuk pilihan raya kecil ini. BN pula memilih Robert Lau Hui Yew sebagai calon. Dalam pilihan raya umum 2008, Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.

Kerusi parlimen Sibu kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu. Sementara itu, sehingga kini tiga calon dijangka akan bertanding dalam pilihan raya ini termasuk seorang calon bebas berbangsa Melayu, Narawi Harun, 60 tahun.

Namun, bagi Pengerusi DAP Sabah yang juga calon PR dalam pilihan raya ini,
Wong Ho Leng lebih senang kalau PR akan berdepan satu lawan satu dengan calon BN dalam pilihan raya ini.

"Ini negara demokrasi. Walaupun kita mahu satu lawan satu, kita tidak boleh sekat dia jadi calon," kata Wong kepada wartawan selepas mengambil borang pencalonannya.

Dalam tahun 1995, Narawi pernah bertanding calon bebas dalam parlimen ini. Dia hanya mendapat 975 undi. Dalam pilihan raya negeri 2006, dia memberikan laluan kepada sepupunya, Abang Ariffin Abang Shebli dari PKR untuk bertanding di Dun Nangka, dalam parlimen yang sama. "Saya sudah bersedia untuk bertanding lagi," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kempen pilihan raya kecil Sibu bermula dengan pembohongan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang mahu bertemu dengan beliau, dan bukan sebaliknya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Gendang perang peti undi sudah dipalu, bermulalah tarian 'kuntau' di Sarawak. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

dan apa yang pasti, sudah tentu kehadiran PAS di Sarawak hanya akan memecahkan undi dan melemahkan masyarakat Bumiputera-Islam di sana... Inilah realiti pahit yang terpaksa ditelan.

Jika dikatakan pakatan antara DAP-PKR-SNAP-PAS berjaya di Sarawak(jika berjayalah), adakah wakil dari PAS yang akan menjadi Ketua Menteri? Tidak!!! Kerana ramai dikalangan ahli PAS (terutama dari Semenanjung) yang tak sedar masyarakat Bumiputera-Islam (Majoritinya Melayu dan sebahagian Melanau) hanya membentuk lebih kurang 30% sahaja daripada populasi keseluruhan penduduk Sarawak.

Sebab apa? Ramai yang buta sejarah dan politik menganggap Y.A.B. Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tu adalah Melayu dari UMNO. Sedangkan beliau berbangsa Melanau (kurang dari 10% populasi) dan dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Bayangkan individu dari kaum minoriti berjaya memimpin kaum Melayu, Cina dan Dayak di Sarawak.

Jika PR menang, maka situasinya samalah di Penang yang mana Ketua Menterinya adalah Cina dari DAP. sementara PAS jangan haraplah ada wakil dalam Kabinet Negeri. Mungkin merayu2 supaya diberikan jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam.

Renungkanlah dengan mata hati...

Anonymous said...

Knp PM sibuk nak jumpa Obama....
antaranya untuk menaikkan imejnya...yg agak tercalar dgn kes yang terang dan yg kurang terang yg belum di bersihkan di mahkamah tempatan.

Awat hang takut sangat nak pi mahkamah...

Kalau rakyat kita tak main lebih kurang @cincai pilih PM, Najib jatuh nombor berapa ya?

Dlm PR 13, kita pilih PM yang bersih maruah....

Selama2nya Rakyat = Hakim Negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails