Tuesday, May 04, 2010

Kahwin Antaragama Sudah Ada Di Malaysia

CATATAN PERJALANAN MEDAN-ACEH 9
Mesjid Raya Al Mashum Medan

"SUAMI saya seorang Kristian, kami tinggal di Rawang Malayisa." Kata seorang wanita yang mengaku beragama Islam, dari keluarga Islam kelahiran Medan.

Tersentak saya mendengarnya, terkejut. "Bagaimana bisa perempuan Islam berkahwin dengan lelaki Kristian? Suamimu itu orang Malaysiakah?"

"Ya. Orang Malaysia, asal Sabah!" Jawabnya.

Tambah terkejut aku. "Kahwin di mana?"

"Oh. Di Malaysia tak boleh kahwin berlainan agama. Kami kahwin di Bali."

Dia bersama temannya perempuan yang seorang lagi. Mereka berdua datang dari Malaysia kembali ke Medan untuk membaharui pasport, dan akan ke Malaysia semula sambung kerja. Kebetulan kami bertemu di meja makan, di sebuah restoran berwarna hijau, bertentangan dengan supermarket Simpang Juki yang berhadapan dengan Masjid Raya Kota Medan. Restoan yang bersebelahan dengan Hotel Madani, kalau tak salah..

"Saya pula.. " kata perempuan yang seorang lagi, "..suami saya Islam, saya Kristian. Kami berkahwin di Indonesia.. tiada masalah apa-apa. Anak saya berumur 9 tahun beragama Islam, kerana ayahnya Islam."

"Ah.. Masalahnya, kamu berdua tinggal di Malayisa, membawa budaya bermasalah! Kahwin antaragama, ada yang menyalahi hukum agama kami. Memang bisa bertoleransi, tetapi mestilah dalam batas atau pakej yang ditentukan agama itu sendiri!" Kata saya, menggeleng kepala.

"Kamu berbahasa dan berbudaya rumpun Melayu yang rata-rata di Malaysia beragama Islam. Hal ini bisa mengelirukan masyarakat Malaysia... " Saya jelaskan.

Kalau hal ini dibiarkan berkembang terus, maka akan timbul masalah. Ini penyakit baru bagi perkembangan Islam di Malaysia. Memang ramai orang bukan Islam di Malaysia, tetapi mereka kebanyakannya bukan Melayu. Orang ramai yang Islam biasanya berbangsa Melayu, jadi keliru. Rupanya dalam kawan sebangsa dan sebudaya sudah ada yang beragama lain dari Islam.

Kadang-kadang remaja jatuh cinta. Hendak berkahwin rupanya lain agama, walaupun satu budaya. Ini akan menimbulkan masalah sosial. Bahagian agama di Malaysia perlu cari jalan selesai sebelum penyakit ini menular parah. Terutama kepada pekerja-pekerja kilang seperti di Rawang, KL, dan lain-lain seluruh negara. Perlu dibuat siasatan dan kajian.

Tiba-tiba telefon saya berbunyi... "As-salamu alaikum?" Kawan saya orang Medan telefon.

Hal ini mengingatkan saya, di mana saya masih terhutang kepada pembaca blog ini, mengenai catatan perjalanan Medan-Aceh yang sudah saya persembahkan sebanyak 8 siri. Saya berjanji akan sambung lagi kisah perjalanan berikutnya, bersama kawan saya yang menalefon ini. Iaitu, kisah malamnya, sewaktu bertemu di rumah wakil rakyat Manggeng.. sambungan dari '3Perkara, Bermulalah Usahaniaga Remaja Aceh siri6..' yang saya tulis pada Februari lalu di Manggeng, Tapak tuan Aceh.

Ya, saya akan sambung, walaupun lepas itu saya sudah pulang ke Malaysia, dan ke Medan semula kira-kira seminggu. Kisah ini adalah kisah di Medan dalam seminggu itu.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL. Mei 04, 10.

Catatan perjalanan sebelum ini...

8 comments:

dokpikiaq said...

islam pecah kepada 73 fikrah, yg benar hanya 1,iaitu yg amalkn sunnah nabi muhammad s.a.w dan berpegang kepada al-quran... di tahan ia dtg, di tolak i hampir, tanda kiamat pasti terjadi..hanya waktu dan masa yg di tetapkn shj yg di tunggu...

Anonymous said...

Sebenarnya di Indonesia bukan semua boleh terima kahwin antara agama....ia hanya berlaku di kalangan orang Islam yg lemah agamanya.

Dengan DAKWAH yang berterusan, mereka akan sedar kesilapan mereka.

Kerajaan apakah langkah yg wajar?

Anonymous said...

sudah tentu amaln ini tidak boleh diamalkan di Malaysia...
sbb rata2 masyarkt kita pggn agma msh blum lg tinggi (termsuk saya).
takut2 nanti kita berdpn pula dgn isu murtad yg lbih serius melibtkn generasi muda...
Nauzubillah..

Anonymous said...

Bersama2lah kita berdakwah....utk selamatkan semua orang dari azab Allah..

ahmed said...

SUAMI saya seorang Kristian, kami tinggal di Rawang Malayisa." Kata seorang wanita yang mengaku beragama Islam, dari keluarga Islam kelahiran Medan.

Tersentak saya mendengarnya, terkejut. "Bagaimana bisa perempuan Islam berkahwin dengan lelaki Kristian? Suamimu itu orang Malaysiakah?"

ali said...

Kalau hal ini dibiarkan berkembang terus, maka akan timbul masalah. Ini penyakit baru bagi perkembangan Islam di Malaysia. Memang ramai orang bukan Islam di Malaysia, tetapi mereka kebanyakannya bukan Melayu. Orang ramai yang Islam biasanya berbangsa Melayu, jadi keliru. Rupanya dalam kawan sebangsa dan sebudaya sudah ada yang beragama lain dari Islam.

ali said...

Kadang-kadang remaja jatuh cinta. Hendak berkahwin rupanya lain agama, walaupun satu budaya. Ini akan menimbulkan masalah sosial. Bahagian agama di Malaysia perlu cari jalan selesai sebelum penyakit ini menular parah. Terutama kepada pekerja-pekerja kilang seperti di Rawang, KL, dan lain-lain seluruh negara. Perlu dibuat siasatan dan kajian.

zaid said...

Dia bersama temannya perempuan yang seorang lagi. Mereka berdua datang dari Malaysia kembali ke Medan untuk membaharui pasport, dan akan ke Malaysia semula sambung kerja. Kebetulan kami bertemu di meja makan, di sebuah restoran berwarna hijau, bertentangan dengan supermarket Simpang Juki yang berhadapan dengan Masjid Raya Kota Medan. Restoan yang bersebelahan dengan Hotel Madani, kalau tak salah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails