Sunday, February 07, 2010

2 Perkara Muqaddimah Usahawan. Ole-Ole Dari Malaysia

CATATAN PERJALANAN, MEDAN 2

Kota Sibolga dilihat dari jalan kelok-kelok yang menuju kota Tarutung.

Ayam penyek

SETELAH tahu saya ada di Medan, beberapa pembaca blog Ibnu Hasyim di Medan ingin menemui saya. Akhirnya pertemuan dirancang semalam.

"As-salamu'alaikum?" Masing-masing perkenalkan diri. Seorang anak muda, bersama pimpinan ustaznya dan kawan saya. Bertemu disebuah kedai makan yang cukup selesa, lapang, boleh duduk berlunjur kaki, tiada muzik bising, bahkan sesuai untuk berbincang panjang.

"Ayuh, minta minum dan mahu cuba 'bebek penyet' (atau nasi berlaukkan itek)?". Masing-masing bersetuju.

Setelah memulakan perbualan saya bertanya kawan-kawan itu, "Sepanjang penelitian anda membaca blog saya, anda anggap saya bagaimana? Di mana kelemahan saya? Maaf hanya untuk koreksi dan muhasabah diri."

"Oh... Mulanya dari gambaran lahir tuan sebagai blogger biasa. Tetapi bila diteliti, anda seorang tokoh agama dan politik, tetapi tidak menonjokan diri. Bahkan seorang ahli agama yang banyak wang dan terus menyampaikan Islam melalui gaya semasa dan agak tersendiri.." Kata anak muda itu. Tidak dibantah oleh yang lain.

Saya cuma tersenyum dalam hati, no komen. "Baiklah. Marilah kita cari dan cuba cetuskan apa manfaat bersama yang boleh kita dapat, pada perjumpaan malam ini?"

"Saya baca blog tuan, dan rangkaian dari blog tuan. Saya lihat, ramai yang telah berjaya jadi wiraswasta (usahawan) dari kumpulan tuan. Seperti penulis blog Shahabudeen Jalil, contohnya. Saya amat tertarik motivasinya. Jadi, itu yang ingin saya belajar, dan kalau boleh nak masuk bersama-sama rangkaian tuan." Jelas anak muda itu. "

"Al-hamdulillah!" kata ustaz yang bersamanya.

"Teruskan beri panduan, sebagai ole-ole dari Malaysia." sambut kawan saya itu pula.

"Mula-mula kita perlu persiapkan dalam diri kita pengkalan tempat bertolak...

Pertama: Betulkan pengkalan tempat kita bertolak. Islam bertolak dari 'La ialaha Illallah' sebesar-besarnya, hingga sekecil-kecilnya 'buang duri dijalan', yakni jaga kemaslahatan orang ramai, seperti yang disebut dalam hadis nabi. Al-Quran adalah risalah Islam. Bermula dengan Al-Fatihah, berakhir dengan Surah An-Nas, iaitu sebanyak 313 surah dan 6,666 ayat menurut sesetengah pendapat.

Ringkasan dari Al-Quran ialah kandungan Al-Fatihah. Al-Fatihah yang wajib kita baca sekurang-kurang 17 kali sehari semalam melalui sembahyang. Intipati Al-Fatihah ialah Bismillahi Rahmanir Rahim, ertinya 'Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang', wajib kita baca pada tiap kali kita memulakan pekerjaan yang baik.

Tegasnya pengkalan tempat bertolak ialah Bismillah atau Dengan nama Allah. Hendaklah, 'Niat Kerana Allah'. Perlu dipahat dalam dada kita, 'Allah matlamat kami, rasul pemimpin kami. Alquran perundangan kami, jihad jalan kami dan syahid cita-cita kami. Seperti yang pernah disarankan oleh tokoh gerakan Ikhwanul Muslimin As-syahid Hassan Al-Banna.

Kedua: Ciri kedua langkah menjadi usahawan, ialah 'memada dengan yang ada'. Ramai yang salah anggap, kata-kata inilah kononnya penyebab kemunduran umat, kerana yang dah ada, cukup tak perlu usaha lagi. Itu silap. Yang betulnya, bersyukur dengan yang ada, tak kira kecil atau besar. Bersyukur juga bermakna, dengan yang ada itu, kita akan mulakan keusahawanan. Yang ada itulah modal. Samada berupa modal wang, pengalaman, persekitaran termasuk alam atau kekeluargaan dan lain-lain. Mustahil seseorang, tiada modal itu.

Jadi langkah awal memulakan keusahawanan, ialah sinaraikan apa-apa modal yang ada pada kita. Wang, harta walaupun kecil seperti basikal, alat kerja, tanah, pengalaman apa, kaum keluarga ada apa, jamaah, kawan, guru dan sebagainya. Semua itu modal, yang perlu disyukuri, dengan meng'kreatif'kan dan mengembangnya. Ini langkah awal. Langkah lanjut, kita akan bincang terus, samada perjumpaan, e-mail, telefon melalui soal jawab di blog dan lain-lain. Baru ditentukan apa usaha yang sesuai.

Cukup setakat ini.. Bertemu pada masa yang lain. "

Selepas itu banyak yang kami perbincangkan. Dan akan terus diperbincangkan sehingga berjaya, walaupun baru meletakkan dua asas tersebut dalam kegiatan usahawan adalah suatu kejayaan. Mati dalam keadaan kedudukan perjuangan seperti di atas pun, sudah boleh digolongkan sebagai mati syahid.

Anak muda yang bersama-sama ustaznya itu, nampak bersungguh-sungguh nak jadi regu bersama-sama. Al-hamdulillah! Saya dan kawan-kwan akan memantaunya terus.

Besok catatan perjalanan saya ke Sibolga, Tapanuli.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Jermal, Medan
Feb 06, 2010.

Catatan Perjalanan Medan 1..
Kota Medan Kini Aman, Raja Mafianya Tinggal Sejarah..

5 comments:

riduan said...

slm tuan,terima kasih ats pkongsian ini...harap tulis lg tentang ini...

mr edz said...

nampak sedap la tuan..

gila-gila said...

Sedap juga cerita ni! drp duk siar article hentam pas, sangat baik kalau disiarkan atau menulis article sokong & pertahankan pas, hentam umNO dan hentam puak2 bangang yg hentam pas! Yang pelik bin ajaibnya blog sesetengah pemimpin pas sendiri duk hentam pas ! Apa kejadahnya?

DARUS SALAM said...

As-salamu'alaikum hamdalah atas motivasi dan tarbiah yang disampaikan, moga Alloh jadikan kita sebagai hamba-hambanya yang besyukur dimanapun dan kapanpun, thanks alot cik hasyim for your experiences & knowledge that given to me, about make a blog in the blogger & how become to be a successful enterpreneur in Alloh's way. thank's alot once again cik,send my regard to your brother in Malaysia. till we meet again. Assaalamu'alaikum.....

Anonymous said...

I have been hunting for a long time for this! Thank God I found your post on Google.

Thanks.

MANDA
[url=http://topblog.bloggerconsole.net/]a great post[/url]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails