Saturday, May 08, 2010

Kontroversi 'Menculik Miyabi', Ulama Kalah.

HALAMAN HIBURAN

Pelakon filem porno Jepun, mempengaruhi rakyat Indonesia, sehingga fatwa ulama mereka diketepikan.

MESKI sudah lulus sensor dan resmi ditayangkan di berbagai pawagam, namun penolakan terhadap filem ini bukan berarti sudah berakhir. Majelis Ulama Indonesia (MUI) tetap tidak bersetuju filem ini diedarkan.

Ketua MUI Amidhan mengatakan bukan isi cerita yang dipermasalahkan namun keberadaan Maria Ozawalah yang menjadi ganjalan. "Miyabi ini bisa menjadi idola anak-anak dan remaja. Dengan menonton filem ini dikhawatirkan anak-anak dan remaja kemudian akan mencari DVD Miyabi yang utuh dan ini sangat berbahaya," kata Amidhan.

MUI tetap mendesak pemerintah agar menghentikan pengedaran filem berjudul 'Menculik Miyabi' ini.

Filem kontroversi Menculik Miyabi yang pernah diprotes keras pada tahun lalu kerana dilakonkan oleh pelakon porno, yang video pornonya tersebar luas di Indonesia. Tetapi akhirnya berjaya disiapkan dan akan ditayangkan pada 6 Mei ini. Walaupun mendapat banyak halangan, ternyata filem yang dibintangi oleh Maria Ozawa itu tetap diterbitkan. Kini, filem itu sudah selesai dan menunggu masa untuk ditayangkan.

Maxima Picture mengatakan filem yang dibikin oleh sutradara Findo Purnomo itu telah diluluskan oleh lembaga penapisan filem. "Filem Menculik Miyabi telah lulus ditapis dan sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja," ujar penerbit Odi Mulya Hidayat ketika berbincang dengan detikhot menerusi telefon semalam.

Selain Maria, filem tersebut juga dibintangi oleh Nicky Tirta, Herfiza Novianty, Kevin Julio dan Rizky Mocil. Naskhah Menculik Miyabi turut ditulis oleh Marqee. Dalam filem tersebut, Maria Ozawa melakonkan watak Miyabi, perempuan yang mendapat tugas untuk menjemput pemenang kuiz di Indonesia. Namun, dia diculik oleh tiga remaja.

Pada September 2009 lalu, penggarapan filem Menculik Miyabi gagal kerana mendapat protes daripada beberapa pihak termasuk ulama agama menolak Miyabi datang ke Indonesia. Namun setelah tujuh bulan protes itu, Maria Ozawa pun bersedia beramah mesra dengan para peminatnya di Indonesia.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sama sahaja, Malaysia atau Indonesia, mana-mana negara sekular yang tidak berdasarkan Islam akan jadi begitu. Ulama cuma mampu beraksi di bawah telumjuk kaki pemimpin-pemimpin sekular mereka. (Pelbagai Sumber/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails