Thursday, May 06, 2010

Beranak Dalam Tandas, Lagi Contoh Sistem Pendidikan Gagal

Lembu tidak ada tandas khas, padan la.. manusia kenapa ikut lembu? Siapa salah?

KUALA TERENGGANU, 2010/05/06: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mengandung anak luar nikah mengejutkan kakitangan Klinik Kesihatan Felda Jerangau, Ajil apabila bersalin bayi lelaki dalam tandas klinik berkenaan, pagi semalam.

Menurut sumber, kejadian berlaku ketika remaja terbabit yang belajar di sebuah sekolah menengah dalam kawasan Ajil, Hulu Terengganu ke klinik berkenaan, kira-kira jam 10 pagi, bersama guru dan rakan sekolahnya kerana mendakwa sakit perut.

Katanya, sementara menunggu giliran untuk diperiksa, secara tiba-tiba pelajar tingkatan empat itu tergesa-gesa ke tandas klinik berkenaan kononnya mahu membuang air selepas mendakwa perutnya memulas.

“Bagaimanapun, helah pelajar terbabit terbongkar selepas rakannya yang mengesyaki sesuatu berlaku terhadap remaja itu ke tandas berkenaan untuk melihat keadaannya,” katanya.
Menurutnya, ketika memasuki tandas, rakan pelajar terbabit panik selepas mendapati terdapat seorang bayi bersama remaja terbabit yang ketika itu masih lemah selepas bersalin.

“Berikutan itu, rakannya segera memaklumkan kepada guru dan kakitangan klinik yang segera ke tandas berkenaan sebelum bertindak pantas menyelamatkan ibu muda dan bayi berkenaan,” katanya. Katanya, bayi itu dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk pemeriksaan lanjut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Satu lagi bukti kegagalan sistem pendidikan Malaysia, yang tidak mampu melahirkan insan profesional yang bertakwa. Kementerian pendidikan perlu buat kajian mengapa?

Sila fikir-fikir...

Bagaimana Rasul SAW mentarbiah remaja?

Lihat Hadith ke 19 (Imam Nawawi)

عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال: كنت خلف النبي (صلى الله عليه وسلم) يوماً، فقال لي: "يا غلام إني أعلّمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفـظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن بالله، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لـم ينفعـوك إلا بشيء قـد كتبـه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضرّوك بشيء لم يضرّوك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام وجفّت الصحف". (رواه الترمذي وقال: حسن صحيح)

Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas RA :

Pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW (yakni, di atas binatang tunggangannya) , lalu kata Nabi :

"Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan...

..Peliharalah (perintah) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,
..peliharalah (kehormatan) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersamamu.
..Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata.
..Tahulah, jika semua umat manusia berkumpul untuk berikan kepadamu sesuatu menafaat, mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah.
..Begitu juga jika mereka berkumpul nak kenakan suatu mudharat padamu, tentu mereka tidak mampu tentukan, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah atasmu. Telah diangkat kalam (tulisan) dan telah kering (tinta) buku catatan. '

(HR. Turmuzi dan dia berkata : Haditsnya hasan shahih).

5 comments:

Anonymous said...

Keruntuhan moral anak-anak Malaysia akibat kelalaian ibubapa mendidik. Terlalu mempercayai anak-anak tanpa menyelidiki kata-kata dan aktiviti anak. Pihak sekolah tidak boleh disalahkan seratus peratus kerana skrg ini terlalu banyak ibubapa yang menyerang sekolah kerana menghukum anaknya akibat kesalahan disiplin. Para ustaz dan ulamak pula giat berpolitik bukan membimbing generasi muda demi masa depan bangsa dan agama.Sampai hari ini saya belum melihat ada ahli politik ustaz atau ulamak yang keluar berdepan dengan masyarakat terutama kaum muda dan memberi motivasi atau nasihat atau ceramah agama tentang akhlak ke generasi muda ini.Yang dilihat adalah ceramah politik yang tah apa-apa. Ingat lah,ustaz dan ulamak dijadikan di bumi Allah ini utk membimbing orang-orang yang seperti ini tanpa menghirau halangan yang ada. Semua ini akan kita pertanggungjawabkan di SANA dan kehadap NYA. ALLAHUAKBAR....(-ASP-Z-)

Atuk Banjar Masin said...

Di sebabkan seorang dua yang bersifat demikian, ianya tidak langsung menggambarkan sistem pendidikan telah gagal.

Sebenarnya ibubapa yang berkenaan telah gagal mendidik anak2 nya.

Anonymous said...

kalo nok suruh ulama turun padang jumpa sorang2 pancit lah.
ustaz ulama yang ceramah politik 2 bukan saja.2 jihad.seafdhal jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.ibu bapa juga bersalah.tapi sistem pendidikan malaysia perlu diakui memang terpengaruh dengan doktrin sekularisme yang halus.hingga org berpelajaran pun kadang2 x nampak doktrin ini.gerakan ustaz dan ulama untuk membanteras isu ini telah banyak.kita saja nampak ustaz ceramah politik.sedangkan ustaz yang nak didik masyarakat kita x nampak.sebenarnya kita ni yg jahil

Kuda Perang said...

Bukan ibubapa semata2 yang gagal, tetapi melibatkan keseluruhan organisasi... drpd individu, keluarga, masyarakat sekeliling dan kerajaan.
Dalam konteks negara kita Malaysia sekarang, kerajaan yang paling bertanggungjawab ke atas segala keruntuhan moral dan peningkatan kadar jenayah yang berlaku.
Yang lain2 pun tidak dinafikan ada kesalahan juga mengikut hirarkinya...
Siapa yang menaikkan pemimpin yang taghut menjadi pemerintah kalau bukan kita sendiri rakyat Malaysia yang 'CERDIK'...

Saudara rantau said...

Dasar perundangan juga perlu diperbetulkan. Tegakkanlah ISLAM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails