Friday, July 03, 2009

Rusia Haram Kasino-judi, Malaysia, Kedah Bila Lagi?

BERITA dari Moscow 1 Julai melaporkan, menurut AFP operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh Rusia mula ditutup, apabila pihak berkuasa negara ini menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.

Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.

Mulai pukul 7 petang (11 malam) hari tersebut, semua dewan perjudian mula ditutup, kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian mesin slot di selatan Moscow. Pusat-pusat kasino pula dijangka mengalih operasi atau menukar kegiatan masing-masing kepada kelab poker, sesuai dengan saranan pegawai undang-undang Rusia yang mencadangkan permainan poker yang lebih berkonsep kesukanan.

Pelaksanaan undang-undang itu turut menamatkan era kelam kabut apabila ahli perniagaan dan kegiatan gengster menjadikan kasino-kasino di tengah Moscow bagi mengaut keuntungan yang luar biasa pada tahun 1990an. Tugas khas melaksanakan undang-undang itu telah dikuatkuasakan di ibu kota Rusia, kata jurucakap kerajaan bagi bandar raya Moscow, Maria Sokolva kepada agensi berita Ria-Vonosti.

Bermula 1 Julai, kasino di Rusia mungkin hanya boleh beroperasi, jika ia berada sekurang-kurangnya 1,000 kilometer dan lebih dari Moscow. Kawasan yang terkenal dengan zon perjudian haram di kalangan rakyat Rusia ialah di barat Kaliningrad meliputi kawasan sepanjang laut selatan Azov, daerah Altai di Siberia, dan kawasan yang jauh di pedalaman Primorye, berhampiran utara Korea dan Jepun.

Tetapi kebanyakan pengusaha industri perjudian sedang berusaha mencari kawasan baru di sana untuk memindahkan operasi mereka. Pelaksanaan undang-udang itu akan memberi impak besar kepada Moscow, yang mempunyai 524 kasino dan dewan perjudian, dan masih terdapat 109 buah lagi kasino beroperasi di selatan bandar raya Saint Petersburg, sehinggalah undang-undang itu kuatkuasa.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kita sebagai rakyat negara ini ingin bertanya, Malaysia bila lagi nak laksanakan pengharaman seperti itu, walaupun berperingkat-peringkat? Bila lagi kerajaan Malayisa dan kerajaan Pakatan Rakyat nak contohi kerajaan Kelantan? Bertambah pelek lagi, bila alasan yang diberikan oleh kerajaan Kedah pimpinan PAS, sama dengan alasan yang diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO demi menjaga hati parti sekutu masing-masing (lihat jawapan MB Kedah dalam muktamar tahunan PAS baru-baru ini.)

Kalau kita terima daleh kerajaan Kedah itu, mengapa kita perlu marah kepada kerajaan UMNO yang tidak mengharamkan judi? Sudah tidak baca lagi ke ayat Al-Quran yang mengharamkan judi seperti dulu, apakah ayat itu hanya kena pada UMNO tidak pada PAS? Nak tunggu kerajaan Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mulakan dulu? (Sumber AFP dll/AK)

4 comments:

Shahabudeen Jalil said...

Sokong pendapat pak hasyim.

Mungkin Azizan takut DAP keluar dari pakatan kot..

setahu saya, wanita2 cina pun tak suka laki2 depa dok jadi kaki judi.

Naruto Sensei said...

Salam

Sibukkan Babi di Kedah je

Apa khabar Babi di Melaka ye..

Senyap je cerita lawat sini...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/apa-khabar-babi-di-melaka.html

Naruto alu2 kan..

Anonymous said...

Salam.

Takut tak sempat diharamkan, bala dah turun...waduh 2X.

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Berhubung isu di Kedah ni, kami petugas di Kedah telah diberi taklimat oleh MB sendiri sebab apa Kerajaan tak dapat mengharamkan judi. Perkara tersebut merupakan perkara dalaman. Sehubungan itu, tak mahu didedahkan kepada Umum. Jadi, sebaiknya tuan dr. merujuk terlebih dahulu dengan MB sebelum pandai mengkritik kenapa tak buat tu, tak buat ni. Jumpa hati ke hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails