Thursday, July 02, 2009

DAP Pusat Sokong DAP Kedah Keluar Pakatan. PAS Terkejut?


KUALA LUMPUR: Khamis Julai 2, 2009 Semalam DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu sejak selepas pilihan rayau mum 2008. Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP petang semalam, demikian menurut Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

Ianya disokong oleh DAP Pusat, "Saya menyokong penuh dan memberi 'perakuan' ke atas keputusan untuk membawa keluar DAP daripada Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat," kata Naib Pengerusi DAP, M. Kulasekaran ketika ditemui di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, kepimpinan tertinggi DAP menyedari kewujudan isu-isu yang menjadi punca kepada perkembangan terbaru ini. Difahamkan dalam apa juga kes membabitkan tindakan DAP negeri, keputusan mereka perlu memperoleh perakuan kepimpinan pusat iaitu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi membuat keputusan.

Sambil mengakui dua isu utama iaitu penutupan pusat penyembelihan babi di Alor Setar dan kuota 50 peratus ekuiti bumiputera dalam projek pembangunan perumahan yang dikuatkuasakan sejak September lalu, Kulasekaran berkata: "Menteri Besar Kedah seharusnya dan sewajarnya telah menyelesaikan isu-isu ini." Beliau turut melahirkan kebimbangan masalah yang sama akan "menjangkiti negeri-negeri lain."

"Kebimbangan saya ialah perpecahan di Kedah akan merebak ke negeri-negeri lain. Keadaan ini sudah tentu perlu dikawal. "Sebelum kita mencari penyelesaian, kita perlu mencari punca masalah," katanya.

Di Petaling Jaya pula hari ini, PAS Pusat terkejut dengan keputusan DAP Kedah tersebut, "Kami agak terkejut dengan tindakan sedemikian rupa (keputusan DAP Kedah keluar Pakatan) kerana (mereka) patut tunggu pendirian kepimpinan pusat mereka," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi mStar Online lewat malam tadi. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah mengakui kewujudan masalah-masalah tersebut.

Sehubungan itu kata beliau, kepimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan perkembangan tersebut pada mesyuarat khas di bangunan Parlimen tengah hari ini. "Saya yakin kami akan mencari penyelesaian terbaik hari ini apabila pemimpin Pakatan Rakyat bertemu," katanya. (Sumber mstar online/AK)

1 comment:

Unknown said...

...molek sangatlah tu sheikh lepas ni bolehlah kita bermuzakarah dgn UMNO..utk mebentuk "UG"..tentu ramai org sukaka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails