Wednesday, July 01, 2009

Skim Mesra Usia Emas, PR Prihatin Pada Rakyat. -Drs Mohd Rashidi

DSCN1351

Lihat bukti keprahatinan PR kepada rakyat ...

Tanjong Karang, 28 Jun : Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, telah mengunjungi Bekas Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad, yang sedang keuzuran sejak lebih sebulan yang lalu di rumahnya di Batu 10 Tanjong Karang.

Dalam lawatan penuh mesra tersebut, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong (1999-2004) telah bertanyakan keadaan kesihatan Ustaz Musa secara terperinci. Ustaz Musa yang menjadi YDP Kawasan Tanjong Karang selama dua penggal (2004-2009) menggantikan Dr Hasan Ali, yang tidak mempertahankan jawatan tersebut pada tahun 2004, mengalami masalah keretakan tulang belakang dan sedang mendapat rawatan lanjut dari Hospital Sungai Buloh dari masa ke semasa.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang diketuai oleh YDP PAS Kawasan, Drs Mohd Rashdi Deraman, yang juga Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Timbalan YDP, Ustaz Mohd Judi Sarjo, yang juga Bendahari JPD Sungai Burong, Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Penolong Setiausaha, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha JPD Sungai Burong dan beberapa orang AJK PAS Kawasan, Roslan Jamaluddin dan Mohd Rosli Kamsani. Hadir sama ialah bekas AJK PAS Kawasan, Ustaz Mohd Sya’dan dan Abd Manaf Salleh.

IMG0049A

Sungai Sireh, 12 Jun 2009. Majlis penyampaian Skim Mesra Usia Emas fasa kedua untuk kali ketiga telah diadakan di Homestay Sungai Sireh dan telah dirasmikan oleh Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman.

Seramai 62 orang pewaris telah menerima baki sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Negeri Selangor yang melibatkan dua DUN dibawah Parlimen Tanjong Karang, iaitu DUN Sungai Burong seramai 20 orang dan 42 orang daripada DUN Permatang.

Didalam ucapannya Mohd Rashdi berkata, adalah menjadi tangungjwab Kerajaan Pakatan Rakyat yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah bagi membantu seluruh rakyat di negeri ini. Kita sebagai pemerintah akan berdosa sekiranya masih ada lagi rakyat di Negeri Selangor yang hidup miskin dan melarat dalam keadaan Negeri Selangor yang kaya.

Turut berucap ialah Pegawai Daerah (DO) Kuala Selangor, Haji Mohd Misri Idris. Hadir sama di dalam program tersebut ialah Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Zainal Abidin Samad, yang juga Timbalan Ketua Parti KeADILan Rakyat (PKR) Bahagaian Tanjong Karang.

Pengarah JPD Permatang, Shahibudil Akma Abd Kudus, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) DUN Sungai Burong dan Permatang.

IMG0024A

Tanjong Karang, 8 Jun : Pusat Khidmat Masyakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong telah memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Yong Tee Sia, 74, seorang warga emas yang telah meninggal dunia pada hari jumaat yang lalu kerana sakit tua di rumahnya di Bagan Pasir Tanjong Karang.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai PKM DUN Sungai Burong, Mohd Faizal Mohd Barja kepada anaknya Yong Bin Swee dihadapan orang ramai yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang. Turut hadir ialah Bendahari PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat, yang juga Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Bagan Pasir Tanjong Karang dan Harun Jamaluddin Ketua PAS Cawangan Nurul Hakim.

(AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails