Saturday, July 04, 2009

Khutbah Jumaat Medan Berpolitik.. -Nik Aziz

KUALA KRAI, Jumaat 3 Julai 2009 - Khutbah Jumaat merupakan medan terbaik untuk menyampaikan mesej agama kepada umat Islam. Kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa berkhutbah di sebuah masjid di sini, dengan kehadiran yang agak luar biasa.

"Biar pun ada orang mengatakan khutbah dijadikan medan berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan semuanya terkandung dalam al Quran dan Hadis yang menyentuh kehidupan harian... Sebenarnya khutbah ialah tempat menyampaikan semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Sebab Islam menyeluruh yang meliputi ekonomi, sosial dan politik." katanya lagi.

Sebelumnya, dalam khutbah tersebut beliau menekankan, ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan asas utama seseorang untuk menjadi pemimpin masyarakat. Beliau berkata, umat Islam wajib memilih pemimpin yang taat kepada Allah kerana lebih amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas. Kata beliau berbeza dengan pemimpin yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan hidup. Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada batasan hukum hakam.

Selepas solat Jumaat itu beliau menziarah Kampung Lela Jasa, walaupun kampung itu dianggap sebagai kubu Umno di peti undi Laloh. Namun penduduk-penduduk kampung itu tetap hadir beramai-ramai menemui beliau. Sedangkan sebelum ini kawasan berkenaan menjadi tumpuan kepada pemimpin Umno apabila sering datang ke penempatan tersebut dan bermalam di situ. Antaranya Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan. (Sumber Harakah dll.2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails