Wednesday, July 01, 2009

PAS, Siap Terima Bukan Islam -Mohamad Nor Mohd

KUALA LUMPUR, Julai 1 2009 — Peranan Kelab Penyokong PAS (KPP) nampaknya mulai dirasai dengan mendalam oleh penggerak PAS di seluruh negara. Mereka terasa tanpa sokongan ahli kelab ini, PAS tidak akan mencapai kedudukan yang mereka capai sekarang ini. Sehubungan itu, pelbagai pihak dalam PAS mengambil inisiatif secara besar-besaran bagi mempastikan kedudukan mereka kukuh dalam parti Islam itu. Bukan sahaja sebagai kelab bahkan menerima mereka sebagai ahli. Demikian dilaporkan oleh Samsuri Roslan dari The Malaysian Insider.

Menurutnya, PAS Wilayah Persekutuan misalnya, akan memberi tumpuan penting kepada kelab penyokong parti itu sebaik sahaja pembentukan kabinet peringkat negeri selesai, kata Pesuruhjayanya, Mohamad Nor Mohd. Beliau berkata, ini sejajar dengan keputusan PAS Pusat yang dijangka akan menggubal undang-undang untuk meletakkan kelab penyokongnya seiring bersama dewan-dewan parti.

Selain itu, katanya, realiti adalah komposisi kaum di negeri ini juga adalah lebih kepada pengundi bukan Melayu berbanding pengundi Melayu. Retreat PAS pada 18 dan 19 ini dijangka membincangkan secara teknikal cara-cara untuk membolehkan orang bukan Islam menjadi ahli parti itu. Kalau sebelumnya mereka hanya akan diterima sebagai ahli bersekutu namun keputusan terbaru adalah orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam parti Islam itu.

Namun, beberapa mekanisma akan ditetapkan untuk memastikan Islam tetap dominan sesuai dengan namanya adalah Parti Islam SeMalaysia. “Kami akan memberi khidmat dan penerangan yang baik bagi menjelaskan peranan PAS sejajar dengan parti ini yang membawa perjuangan Islam,” kata Mohamad Nor ketika dihubungi baru-baru ini.

Dia mengakui bahawa peranan kelab penyokong parti ini begitu penting bukan sahaja di Lembah Kelang tetapi beberapa kawasan pilihan raya utama yang kaum bukan Melayu menjadi undi penentu. Mohamad menambah, peranan dan kebaikan PAS di kalangan kelab penyokong ini diharap dapat memberi impak dan kesan yang lebih baik kepada kawasan lain terutamanya yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Sambil mengakui keutamaan masih diberikan di Parlimen Titiwangsa yang mana satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai oleh parti ini. “Kami akan lebih aktif dan cergas di kawasan ini sebagai usaha untuk mempertahankan kerusi ini menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang,” katanya lagi. Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, PAS berjaya menawan kerusi Parlimen Titiwangsa yang ditandingi oleh Dr Lo'lo' Ghazali di samping beberapa kerusi lain yang dikusai oleh DAP dan PKR.

Dalam Pilihan raya ini Barisan Nasional hanya mempertahankan tiga daripada 13 kerusi yang dipertandingkan iaitu Parlimen Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Mohamad turut bertanding kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Putrajaya tetapi tewas kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Salam.

Saya ada sedikit kemusykilan hukum.
Kalau sesiapa (alim-ulama') dapat perjelaskan kepada saya yang dhoif ini saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Berkenaan kerajaan pakatan (persekutuan) dengan orang kafir dan HUKUMNYA berdasarkan kalimah-kalimah perintah dari firman Tuhan yang jelas dan nyata seperti berikut (maksudnya):

"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa) Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu)." (QS. al-Imron 3: 28)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus. Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (QS. an-Nisa' 4: 137-139)

"Orang-orang kafir itu telah menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah supaya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: Bersenang-senanglah kamu, karena sesungguhnya tempat kembalimu ialah neraka".(QS Ibrahim 14:30)

"Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Dia berfirman: "Panggillah olehmu sekalian sekutu-sekutu-Ku yang kamu katakan itu". Mereka lalu memanggilnya tetapi sekutu-sekutu itu tidak membalas seruan mereka dan Kami adakan untuk mereka tempat kebinasaan (neraka)." (QS. al-Kahfi 18:52)

[dan Tuhan akan bertanya di Padang Mahsyar kelak,]:-

"Dan (ingatlah) hari (di waktu) Allah menyeru mereka seraya berkata: "Dimanakah sekutu-sekutu-Ku yang dahulu kamu katakan?" (QS. al-Qashash 28:62)

~dari hamba Allah yang dhoif dan jahil.

Qorie Afifi said...

Jika sesuatu kemanfaatan kebih besar dari keburukan maka manfaat diambil kira. Hukum bergabung dengan kafir zimmi adalah bersifat HARUS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails