Saturday, July 14, 2012

Adik Artis Ini Dipenjara Kerana Menyamun

alyah bertudung

HALAMAN HIBURAN

BERSALAH...Faizal (kanan) di luar mahkamah, semalam
 JOHOR BAHRU: Adik lelaki kepada seorang penyanyi wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyamun seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, Januari lalu.
 
Tertuduh, Mohd Faizal Abu Hasan, 29, dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didapati bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 Januari lalu, berhampiran sebuah masjid di Taman Tampoi Indah, di sini.

Dalam kejadian itu, Faizal dikatakan menyamun mangsa, Rohana Jamal dengan merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Sebaik hukuman dijatuhkan, Faizal kelihatan tenang, namun beberapa ahli keluarganya yang berada di dalam kamar mahkamah sebak. Bagaimanapun, kakak Faizal yang juga penyanyi terkenal tidak hadir di mahkamah. (myMetro)

Siapa penyanyi ini?
alyah bertudung
Menurut HK Blog 13 May 2012 Adik Alyah, Faizal Abu Hassan Samun Ahli Perniagaan Di Singapura...
Adik lelaki penyanyi popular Alyah diminta membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap satu pertuduhan melakukan samun dengan merampas beg seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura.
Mohd Faizal Abu Hassan di tuduh melakukan samun ke atas Rohana Jamal pada kira-kira jam 1.15 tengah hari di Taman Tampoi Indah di sini, 23 Januari lalu.

Gambar Alyah bertudung ni diambil pada majlis sempena majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

"Permudahkanlah Ya Allah S.W.T..Amin3" - Alyah
Semoga Alyah dipermudahkan. Amin. Alyah atau nama sebenar beliau Noor Hasliah telah berubah wajah. Walaupun sebelum ini beliau telah memakai tudung tetapi on dan off la aku perati. Sebelum ni kita boleh lihat Alyah bertudung di majlis meraikan anak-anak yatim pada bulan Ramadhan tahun lepas.
Baru-baru ini di Twitter, Alyah telah meng-upload gambar beliau dan kelihatan beliau ingin melakukan perubahan imej memakai tudung. Baguslah, kalau terus pakai tudung dan menutup aurat itu kan lagi bagus.Lihat wajah Alyah bertudung di bawah. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

bila mana adik beradik tak amik peduli hal masing2, inilah jadinya.. adik yg susah tak sapa nak tolong..memandailah nak hidup...! itu yg aku rasa la...

kalau adik tu mat pit, bwklah adik tu berubat or masukkan ke pusat2 serenti..jgn biarkan dia susahkan org lain, dik krn kita tak amik peduli adik sendiri, harta benda org lain n mungkin nyawa juga jd mangsa...

specialshowtoday said...

hi!friend, now i want to share my blog with you
in my idea good if link each other coz we distribute
news or everything to an other person know our
culture too,this is my blog http://khmernews-specialshowtoday.blogspot.com/
if you think good or okay with me please your blog
to me , amokpongthom@gmailcom
thanks you in advance

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails