Friday, July 13, 2012

Nik Aziz Ulas, S/Isteri Bercerai Kerana Beda Politik


Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

MACHANG - “Perkara inimendukacitakan.” Demikian reaksi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas tindakan sepasang suami isteri di Pasir Mas yang bercerai kerana berbeza fahaman politik.

Nik Aziz  yang juga Mursyidul Am Pas berkata, politik sepatutnya dijadikan asas untuk memberi kebaikan kepada masyarakat. Malah katanya, perkara itu bukan baru di Kelantan memandangkan ada sesetengah pihak sanggup menyalahgunakan politik dalam kerajaan.

“Kenapa politik dijadikan batas atau penghalang. Ia mendukacitakan,” katanya selepas perasmian Projek Pembangunan Tanah Anak Muda Kelantan di Kampung Selimbar Ulu Sat, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar yakin masih ada beberapa alasan lain termasuk mereka tidak serasi hidup bersama.

“Kerajaan Negeri mengambil berat hal ini terutama atas alasan kecil," katanya.

Sementara itu,  di Pasir Mas, sehari selepas penceraian ada sinar baru buat pasangan warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, dan bekas suaminya, Yahya Ibrahim, 78, apabila masing-masing menyatakan kesediaan untuk kembali bersama.

Yahya dan isterinya Che Hasnah.
Yahya dan isterinya Che Hasnah. 
S

Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri.

Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar.

“Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas).

“Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia,” katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, bekas suaminya, memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada 24 Jun lalu dan menjatuhkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud. Sementara itu Yahya berkata, perceraian ini bukanlah berpunca daripada perbezaan politik, sebaliknya ia membabitkan kekuatan agama masing-masing.

Bekas anggota keselamatan ini juga menafikan punca perceraian disebabkan tindakan bekas isterinya itu menghadiri ceramah dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali. (Sumber SH)

2 comments:

Anonymous said...

Aku pun tak percaya akan sebab musabab punca yang disiarkan media pasangan ni bercerai. Media cuma mengambil sebab/point yang boleh mensensasikan.
Saranan aku, media tak usahlah highlightkan benda-benda begini kerana ianya bukan sebab utama perceraian. Baca lah alasan yang diberikan oleh Hj Yahya, mesti ada alasan lain yang lebih utama.
Bagi aku, laporan sensasi media lah salah satu punca pecah-belah masyarakat Melayu.
Sdr pemberita, sila be professional whenever you a make a sensitive reporting, it should cover a whole perspective not just on one side of the coin.
Kalau anda punca kekalutan dalam masyarakat, anda adalah sebahagian daripada setan-setan berupa manusia.

terawis said...

Asenye cm x logik pn ad, lau dfkrkan just berlainan ideologi pltk pn nk crai plik2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails