Tuesday, May 07, 2013

MB K'tan Baru, Ahmad Yakob, Tim. Mohd Amar, Husam?




KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dilantik sebagai Menteri Besar baru Kelantan menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memutuskan untuk tidak lagi memegang jawatan yang disandangnya sejak 23 tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai timbalan menteri besar bagi menggantikan Ahmad. Majlis pelantikan  dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.


Barisan Exco baru kerajaan negeri Kelantan


Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan secara rasmi dilantik sebagai menteri besar baru selepas mendapat perkenan Tuanku. Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru


Antara nama baru yang dilantik ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi; Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan 
(TKO)

Ahmad Yaakub melafazkan ikrar sebagai exco di depan Tuanku Sultan Kelantan

2 comments:

Anonymous said...

Dari buat spekulasi knapa tak tanya Husam sendiri?

Anonymous said...

Benar,

IH juga buat spekulasi atau 'batu api'mengenai bakal MB Selangor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails