Sunday, May 05, 2013

PRU 13: Samseng I Love PM Mengganas

Blog Perakite Daily


Baju milik mangsa yang mengalami kecederaan parah dipukul dalam kejadian sekitar 4.14 petang di Pengkalan Pegoh.

IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi.

Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik.

“Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan.

“Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob.

“Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai.

“Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya.

Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit.

“Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula.

“Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.
“Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.



Peserta flashmob PR mendengar penjelasan pegawai polis yang tiba di tempat kejadian.


Keadaan menjadi tegang apabila peserta konvoi BN melalui kawasan tersebut selepas kejadian peserta flashmob PR cedera dipukul.


Oleh Orang Ni

Nak lesen besar pukul orang pakailah baju I ♥ PM


Terkini: Nak lesen besar pukul orang pakailah baju I Love PM
 Tragedi Flashmob hari ini 4 April di Ipoh Perak menyaksikan budaya samseng penyokong UMNO BN...!!!



Saksikan Klip Video


PRU13: Tragedi Flashmob berdarah di Ipoh [Full Moment]
Ikuti laporan berkaitan kejadian di FB Perakite

(IH/Sumber)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails