Saturday, May 04, 2013

PRU 13: Rakyat Gua Musang Perlu Tolak Penderhaka Sultan

 
Tengku Razaleigh Hamzah yang perah mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang, sedangkan kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
ada 5 Dis 2010, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.
Akibat daripada itu Ku Li mengeluarkan kenyataan itu dia ditarik balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I).

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Video di bawah ini, kerabat Sultan telah membuat kempen untuk memperkenalkan penderhaka Sultan Kelantan. Adakah Ku Li mampu mempertahan kerusi Gua Musang??

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Rakyat Kelantan termasuk Gua Musang perlu tolak penderhaka Sultan dan pengkhianat negara, dengan mengundi PAS.Ikutilah jejak lima orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah yang mengisytiharkan diri mereka menyertai PAS. Kelima-lima mereka telah menyerahkan borang kepada calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Mereka adalah.. 
1.Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang Abdul Karim Mat Diah,   
2.Ketua Pemuda Umno Cawangan Batu Papan Zulhelmi Zulkifli,   
3.Ketua Umno Cawangan Limau Kasturi Nawang Ismail, 
4.Ketua Pemuda Umno Cawangan Lepan Jaya Rozali Rodin dan 
5. Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Betis Ibrahim Hassan.

UNDILAH PAS 

Calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Video: Sultan Kelantan Murka Kepada Penderhaka Di Gua Musang 

Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama Rakyat di Pusat Sivik Gua Musang, Kelantan.(IH)

2 comments:

888jackaroo said...

ini lebih kepada family affairs... Xpyh nk politikkn sgt lh...

Anonymous said...

Ku Ibrahim ni nak kiss ass Tuanku Sultan Muhammad jah ni. Dia nak diberikan pangkat lah nak angkat kedudukan dia. Bapak dia Tengku Kaya Perkasa. Dia, tak ada title. So dgn cara ni, dia igt dia boleh kiss ass lah? Taksoh buat kijo ngarut gini lah. KuLi lagi banyak jasa dia daripada mu. Kalu ado ore hok keno tahuk laut, bukan Kuli, tapi TENGKU IBRAHIM TENGKU FEISSAL. Berani dia buat kenyataan biadap terhadap Kuli. Dia kata Kuli ni xdok keturunan sultan. Tp dia lupa dh KuLi ni cucu Raja Muda Long Zainal Abdin ibni Sultan Muhammad III. Bengong punyo kiss-ass. Satu lagi ambo nok sentuh, BAKPO SULTAN KITO SUKO MASUK CAMPUR HAL POLITIK? Patutnya dia x side mana2 pihak. Hmmmm...... Ikut Tuanku lah nak buat apa pun. Penasihat Tuanku sudahpun ada. Jadi saya xde kuasa nak kata apa2 dalam hal ni. Hanya boleh tengok dari luar sbagai rakyat Kelate yang prihatin tentang kedudukan raja2 n tak mahu pergolakan istana kelantan berlaku.

Tuanku Raja Muhammad sudah lupa,... baginda sewaktu menjadi TMK dulu sentiasa berdamping dgn KuLi.. Biarlah kalau baginda dh lupa nak buat mcm mana... KuLi tak benci kepada Cucu saudara dia. Dia cuma x berstuju Sultan Muhammad menjadi Raja buat MASA INI. Sbb bapanya masih hidup. Bakpo nok loghat sangat nyo jadi Sultan? Bukannya baginda kena buang Tengku Mahkota pun kalau Sultan Ismail masih kekal... hmmmm

Ambo harap Tuanku Sultan baik2 lah dgn pihak Raja Perempuan. Ingatlah, mereka pun darah daging Tuanku jugok. Nga KuTT pun x payoh doh la baloh. Elok kita adik beradik berbaik. KuTT takdok niat pun nok ambik takhta. Sbb takhta tu mmg utk Tuanku sejak Tuanku lahir lagi..

Harap Tuanku boleh renungkan benda gini. Jangan senang2 ikut Tengku Ibrahim ni.. Dia macam lebih kepada mahukan pangkat. Harap Tuanku x lama lagi boleh betulkan keadaan antara family balik. Keluarga x pernah mahukan perpecahan. Xde org pun yang nak takhta tu. Cuma bagi yang dianggap penderhaka ni, seperti Ku Berahim oyak, mereka ni rasakan belum sampai masa. Bukannya nak tarik Tuanku punya "divine right". Salam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails