Monday, April 29, 2013

Taklimat Ustaz Hadi, Anak Muda Konvoi Treler N/Kebajikan PPg.




Kedatangan treler Negara Berkebajikan PAS di ikuti oleh lebih 200 anak muda yang berkonvoi

Ustaz Hadi memberikan tazkirah ringkas

PULAU PINANG: Ratusan anak muda berkonvoi bersama treler kebangaan PAS Negara Berkebajikan  menggelilingi dua parlimen yang PAS tandingi iaitu Kepala Batas dan Tasek Gelugor. Konvoi yang disertai oleh pemuda bermotosikal dan kereta melalui Pekan Kepala Batas,  Penaga, Bumbung Lima dan berakhir di Taman Desa Sena, Tasek Gelugor untuk majlis jamuan rakyat.

Treler Negara Berkebajikan datang buat pertama kali. Boleh dikatakan hari ini mencatat sejarah baru apabila berpusu-pusu anak muda mengambil kesempatan berkonvoi. Pulau Pinang agak bertuah kerana bukan sahaja treler PAS berkunjung bahkan kedatangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang secara kebetulan menambah kemeriahan majlis yang diatur.

Selepas solat Zuhur Ustaz Hadi memberikan ucapan ringkas sebelum ke majlis minum petang di Padang Benggali,  Teluk Air Tawar, Butterworth yang bermula jam 5.00 petang dan kemudian ke majlis ceramah perdana di Padang Awam Penaga pada sebelah malam.

Turun berkonvoi ialah Ketua Penerangan PAS Negeri,  Bukhori Ghazali , Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri, Rosli Hassan dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri,  Ustaz Yusni Mat Piah. Syabas anak-anak muda Pulau Pinang.

Calon PAS N.6 Tempasuk, Ustaz Ag Laiman Ikin menyaksikan cawangan Umno Kg Bangkahak yang dibubarkan dan rumah ketua cawangan dijadikan markaz Pakatan Rakyat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails