Tuesday, April 30, 2013

Politikkah Lagu Faizal Tahir & Yassin Ini? Juga Tambahan.

AIZAL TAHIR DAN YASSIN MUNCUL DENGAN VIDEO KLIP "BERANI"

  HALAMAN HIBURAN

KL 29 APRIL: Penyanyi popular, Faizal Tahir dan Yassin Sulaiman, muncul dengan video klip berjudul ‘Berani’ yang kini mulai mendapat sambutan di kalangan pengguna internet. Meskipun tidak menyebut secara langsung, namun ramai menganggap lagu dengan tema perjuangan itu didedikasikan khusus kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

Antara bait liriknya berbunyi ‘Bagai deras sungai setelah hujan, tak putus walau dibelah seribu pedang. Mengalir bagaikan ia kepastian, takkan terhalang. Berani kerana aku benar, tiada apa harus ku takutkan, berdiri teguh..,”

Kemunculan dua artis ini dengan lagu bertema perjuangan, ketika kempen pilihan raya umum semakin rancak, sedikit sebanyak dilihat menambahkan moral penyokong Pakatan.  Ini kerana kedua-duanya sebelum ini dikatakan cenderung menyokong Pakatan, meskipun tidak mengisytiharkan sokongan secara terbuka, kecuali Yassin yang dilantik sebagai duta rasmi untuk kempen Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Februari lalu, Yassin membuat persembahan dalam majlis pelancaran manifesto Pakatan Rakyat, menyampaikan dua lagu berjudul ‘Menuju Putrajaya dan ‘reformasi’, manakala Faizal pula mengiringi nyanyiannya sebagai pemain gitar.

Tambahan: 



 

Cuba ini pula...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails