Tuesday, April 30, 2013

Husam: Salam Buat Pengundi. Diugut? Stay Neutral. Begini...



SALAM buat pengundi dari kalangan penjawat awam..  Saudara-saudari yang dikasihi..

Saya mendapat makluman dan aduan ugutan terhadap kakitangan awam atau civil servant yang mendakwa diugut orang-orang BN di Putrajaya kerana mereka semakin takut dengan sokongan rakyat terhadap calon PAS.


Saya merujuk hal ini kepada bekas Presiden Cuepacs, Dato' Nordin Abdul Hamid, yang pada pandangan beliau mengatakan, sekiranya ada mana-mana civil servant yang dipaksa atau yang diugut, bawalah kepada pengetahuan kesatuan di pejabat masing-masing.

Supaya kesatuan boleh membawa isu ugutan itu kepada Cuepacs dan juga boleh dibawa kepada pengetahuan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan kerana ugutan itu adalah tidak wajar dilakukan kerana ia bercanggah dengan pekeliling perkhidmatan awam

Saya sendiri mendengar desas-desus pihak tertentu mengugut pengundi dengan pelbagai ugutan, antaranya hendak mengeluarkan dari kuarters sekiranya mengundi PAS.

Saya berharap dan berpesan..supaya semua kakitangan dan pegawai, jangan sesekali takut. Kerana pada pertandingan kali ini, pada waktu bermula kempen ia menunjukkan kedua-dua pihak boleh menang. Ianya 50:50. Tetapi hari ini kita Pakatan Rakyat sudah berada dalam keadaan boleh menang. 
Oleh itu, saya menasihatkan semua kakitangan dan pegawai yang diugut, supaya merekodkan dan menyimpan ugutan yang dibuat.  

Selepas itu, jika ditakdirkan Pakatan Rakyat mencapai kemenangan, kerajaan baru dibentuk, kita boleh mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana pegawai yang menghalang, yang mengugut, menakut-nakutkan atau yang menekan kakitangan awam daripada mengundi parti lain selain BN.

Jadi, kita yakin, kita akan usahakan satu instrumen tindakan disiplin ke atas mana-mana pegawai yang didapati menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan BN. Nasihat saya kepada semua pihak dalam kerajaan supaya 'STAY NEUTRAL'. Jangan sesekali menyalahgunakan kuasa dan kedudukan kerana implikasi serta risiko untuk mereka diambil
tindakan disiplin terbuka luas. 

Dalam pertarungan 50:50 seperti sekarang, semua pihak harus berhati-hati. Namun begitu, saya yakin kakitangan kerajaan..berani membuat perubahan. Lebih-lebih lagi memang tiada nombor siri pada kertas undi. Jadi memang imposible, very unlikely untuk pihak-pihak tertentu trace siapa undi siapa. 

Sudah tiga kali pilihan raya, 1999, 2004 dan 2008, sehingga kini tidak ada sesiapa pun kakitangan awam yang mengundi parti selain BN, dikeluarkan dari kuarters. Walaupun kakitangan awam sering diperangkap dengan budaya ketakutan, saya memohon kepada mereka untuk berani hanya pada satu minit sahaja..iaitu ketika hendak mengundi. Mereka harus brave just in one second while voting, bagi memilih calon PAS dari Pakatan Rakyat.

Terima kasih.
Dari Husam Musa. Info Terkini Layar: INI KALILAH.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

1 comment:

1Crony said...

Hidup jangan terlalu takut. Kerana takutlah yang menyebabkan kita lebih cepat mati.....Lagipun mereka yang takut bukannya boleh hidup sampai usia 125 tahun pun. Semuanya akan dihakimi oleh Allah SNT juga di akhirat kelak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails