Wednesday, May 01, 2013

Husam: Bagaimana Putrajaya Jimatkan RM17 Bilion Setahun?


PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan  amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding.

Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang. Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.

Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa daripada Putrajaya Holdings. Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.

Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia. "Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun, bayangkan berapa banyak wang yang boleh dimanfaatk? Dasar pemimpin BN yang tidak prihatin nasib rakyat dan membodohkan orang ramai! Tukar sekarang, dengan UNDI PAS!!

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.

1 comment:

888jackaroo said...

ada lg cara2 tambahan kalau betul2 nk lg jimat:
1. jgn guna elektrik di pejabat. buka tingkap & pasang lilin.
2. Xperlu ada pengawal keselamatan. mahal tu bayar. berapa ramai nk kena bayar.
3. maintenance bangunan Xperlu buat. jimat bnyk ni..
insya'allah bkn 1.7 billion setahun je... lebih pn boleh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails