Monday, May 13, 2013

Kedah: Saya Tak Kecewa, Walau Saya Timbalan -Ir Phahrolrazi


Phahrolrazi Mohd Zawawi.

ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak kecewa meskipun tidak menerajui parti itu di Kedah, sebaliknya Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dilantik Pusat sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.

Ini kerana katanya, pihaknya percaya Pas Kedah kini memerlukan seorang pemimpin yang hebat dan mampu mengukuhkan semula parti selepas kekalahan teruk dalam PRU13 lalu.

“Saya tidak kecewa, walaupun saya timbalan, namun Pusat berhak lantik sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai dan layak terajui Kedah. Saya terima pelantikan Mahfuz atau sesiapa sahaja pilihan Pusat,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tiada masalah dan akan memberi kerjasama terbaik kepada pesuruhjaya baru, dalam usaha mengukuhkan kembali parti itu di Kedah.

“Memang benar ada juga timbalan yang dilantik pesuruhjaya, tetapi tidak semestinya. Ia bergantung pada keupayaan dan keputusan pusat,” katanya, yang lebih 30 tahun bersama Pas Kedah.

Menurutnya, tugas sebagai pesuruhjaya amat berat dan memerlukan kepimpinan terbaik untuk memimpin parti, terutama selepas kuasa pentadbiran terlepas kepada parti lawan.

“Jawatan pesuruhjaya hak mutlak pusat, mereka yang tentukan. Tidak seperti jawatan presiden, timbalan presiden atau naib yang dibuat menerusi pemilihan parti. Manakala jawatan timbalan pesuruhjaya dicadangkan oleh pesuruhjaya dan mendapat sokongan jawatankuasa perhubungan negeri,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, Phahrolrazi berkata, pihaknya menjangkakan Mesyuarat Agung Pas kawasan di setiap negeri akan diadakan Julai ini bagi membolehkan diadakan mesyuarat Agung Pas Pusat Ogos ini.

Phahrolrazi yang juga Adun Pengkalan Kundor berkata, pihaknya berharap dengan kepimpinan baru ini, Pas Kedah tidak lagi berpuak-puak seperti sebelum ini, ketika diterajui Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Saya harap semua ahli dan pemimpin Pas bersatu, sebab kita pun sudah kalah PRU13. Kena bersatu untuk kuatkan semula parti,” katanya. (SH)


4 comments:

Anonymous said...

Angkara pahrolrazi le gamaknye yg PAS Kedah mnjunam kbumi pd PRU ke 13 ni. Dulu lepas PRU ke 12...kan dia yg sabotaj mjlis MB Kedah. Beliau boikot kn majlis tu. Rakyat Kedah mnilai semua tu . Nahhh kan dah tombang skrang.

Anonymous said...

wow mamat nak jd mb dah bersuara,,,,, pi balh le beb

Anonymous said...

Yaaaaaa....mamat ni dh meroyan.

Unknown said...

Aku rase camtu gak si pazi ni lah....mula2 yg jadi isu nyer...si pazi ni sebenar nyer nak aper yer...mase mula2 kecoh ngan bekas mb kedah dulu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails