Saturday, May 18, 2013

4 Calon PAS Exco S'ngor, Termasuk Speaker, Siapa? -Dr Abd Rani.


 
KUALA LUMPUR: PAS Selangor menyenaraikan empat nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti itu untuk jawatan exco kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan dikemukakan kepada Sultan Selangor minggu depan.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.

Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.

"Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Semalam, dua wakil rakyat daripada DAP disahkan partinitu untuk menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, iaitu Adun Sungai Pinang Teng Chang Khim dan Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah.

“Yang lainnya bakal diumumkan selepas perbincangan bersama parti komponen Pakatan Rakyat Selangor,” ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Khalid memberitahu, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Selangor minggu depan untuk kemukakan senarai nama exco yang bakal dilantik.

Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14 Dun.(Hrkh)

2 comments:

Anonymous said...

Salam keadilan semua,
Saya nak tau jika Sultan yang bekuasa melantik MB dan ahli2 EXCO,bukan cuma memperkenankan lantikan yang dibuat party dan MB,adakah segala atau janji yang tak ditunaikan bolih dipersalahkan Sultan?????Dia yang pilih dan jika lembu dab baghal yang d pilih macamana nak salah orang lain kan?

Anonymous said...

Salam keadilan semua,
Saya nak tau jika Sultan yang bekuasa melantik MB dan ahli2 EXCO,bukan cuma memperkenankan lantikan yang dibuat party dan MB,adakah segala atau janji yang tak ditunaikan bolih dipersalahkan Sultan?????Dia yang pilih dan jika lembu dab baghal yang d pilih macamana nak salah orang lain kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails