Sunday, May 12, 2013

SPR Gagal -Pessuruhjajaya PAS Pahang


Tuan Ibrahim (tengah) bersama Setiausaha Perhubungan Pas Pahang, Roslan Zainal (kanan) dan Bendahari Perhubungan Pas Pahang, Musanif Abdul Rahman di Temerloh, semalam.

TEMERLOH – Pas Pahang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada PRU13 khususnya ketua tempat mengundi yang tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan cukupnya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan petugas SPR tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.

Menurutnya, sebagai contoh di Dun Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali Pas memohon daripada mereka.

“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana ketua tempat mengundi memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang Parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain di Dun Kuala Semantan dan Pas telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos.

Tuan Ibrahim berkata, PR Pahang akan membuat petisyen bantahan kemenangan BN yang hanya menang sekitar empat peratus di Parlimen Bentong, Dun Damak, Jerantut dan Dun Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan.(SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails