Wednesday, May 15, 2013

PAS Tidak Akan Bergabung Dg UMNO -Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: PAS tidak mungkin bergabung dengan Umno membentuk satu pakatan politik, sebalik parti Melayu itu diseru bersama PAS bagi memperjuangkan prinsip dan dasar Islam yang selama ini diabaikan parti itu, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, isu perpaduan antara PAS dan Umno akan timbul setiap kali menjelang dan selepas pilihan raya umum terutama apabila keputusan pilihan raya itu meletakkan Umno dalam keadaan kritikal.

“Sedangkan sewaktu Umno ‘kuat’, isu perpaduan ini tidak pernah timbul. Ini hanya mainan Umno untuk tutup kelemahan dan tagih simpati rakyat,” ujar beliau sebagaimana dilaporkan Harakah. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Muslimah Pas dgn wanita umno- tengok pakaian dan akhlak pun berbeza. Pemuda Pas dgn pemuda umno, artis pas dan artis umno, bangsa je sama- tetap berbeza pikior dan amalnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails