Thursday, December 19, 2019

Harungi Banjir Hantar Makanan


Razali Yusoff menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir.


KOTA BHARU: Sehingga tengah hari ini Jeli masih mencatat bilangan mangsa banjir paling ramai iaitu seramai 1,183 orang daripada 399 keluarga. Mereka ditempatkan di lapan Pusat Penempatan Sementara (PPS).
Mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubok Bongor Kuala Balah seramai 410 mangsa daripada 103 keluarga.
Selain itu, di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas seramai 302 mangsa daripada 69 keluarga.
Manakala di Masjid Gemang pula terdapat seramai 201 mangsa banjir daripada 144 keluarga.
Tanah Merah pula mencatat mangsa banjir seramai 1,069 orang daripada 260 keluarga. Mereka ditempatkan di 20 PPS di jajahan itu.
Paling ramai mangsa banjir ditempatkan di Madrasah Kampung Renat, Jedok seramai 195 mangsa daripada 46 keluarga.
Penyelia Dun Gual Ipoh, Razali Yusoff berkata, masih terdapat seramai 29 mangsa banjir di Dun terbabit yang ditempatkan di PPS.
“Alhamdulillah matahari sudah bercahaya hari ini. Namun masih terdapat seramai 29 mangsa di PPS Tebing Tinggi,” katanya di sini.
Beliau bersama petugas Pusat Khidmat Dun Gual Ipoh mengharungi banjir bagi menghantar makanan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah.
Manakala Presiden Misi Kembara Dakwah Mohd Khalik Mohd Dali berharap penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Rantau Panjang dan Pasir Mas memindahkan kenderaan mereka ke tempat lebih tinggi.
Di Rantau Panjang Kompleks Pemeriksaan Imigresen sudah ditenggelami banjir hari ini. –HARAKAHDAILY 19/12/2019

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails