Tuesday, December 17, 2019

Santuni Orang Asli Sinju -PAS


    IPOH: PAS Kawasan Ipoh Barat telah menganjurkan Misi Ziarah Dakwah yang bertujuan menyantuni warga penduduk Kampung Orang Asli Sinju, Simpang Pulai, di sini baru-baru ini.
    Program diketuai Timbalan Yang DiPertua PAS Ipoh Barat, Basharuddin Ismail ini bertujuan meluaskan peranan PAS yang bukan sahaja dalam politik, tetapi juga aspek dakwah.
    “Usaha dakwah berterusan khususnya kepada masyarakat Orang Asli amatlah penting dalam menyebarkan Islam di samping turut memberi pendedahan ahli mengenali dengan lebih dekat situasi kehidupan kaum itu.
    “Ini supaya aspek dakwah sentiasa dipikul tanggungjawabnya oleh ahli PAS yakni menyebarkan Islam kepada seluruh masyarakat,” ujarnya memimpin rombongan 13 peserta itu.
    Menurut Ketua Pemuda PAS Ipoh Barat, Ismail Abdul Hamid, delegasi telah melakukan pelbagai aktiviti termasuk ziarah rumah ke rumah menyerahkan sumbangan dan bermesra dengan penduduk.
    Turut bersama adalah Bendahari Pemuda PAS Negeri Perak, Osman Shahrudin dan Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS Perak, Ustaz Hakimi Abdul Mutalib.
    Ustaz Hakimi turut melahirkan harapan untuk program susulan dilaksanakan khususnya bimbingan ilmu agama. – HARAKAHDAILY 16/12/2019

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
Hibur Hibur Sikit
Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan Semai yang membawa genre lagu balada. Meraka aktif pada akhir 1990-an dan telah menghasilkan 2 album. iaitu Asli (1999) dan Emas Permata (2000).

Kumpulan Jelmol terdiri daripada 5 anggota

  1. Jelmol - Kumpulan Lagu Terbaik

    • 1 year ago
    •  
    • 105,108 views
    Kumpulan Jelmol merupakan sebuah kumpulan dari Malaysia. Kumpulan ini terdiri daripada suku kaum orang asli Temiar dan ...


  2. Jelmol - Halijah

    • 11 years ago
    •  
    • 121,449 views
    Layan lagu versi org Iban ker apa tah.. huhu.. best nih.







    Hasil carian imej untuk heelikopter PAS

    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails