Thursday, December 21, 2017

PAS Tanding Lebih 130 Kerusi Parlimen, PRU 14. -Abd Hadi.

Abdul Hadi Awang


MARANG - Pas bakal mencipta sejarah tersendiri apabila mahu meletakkan calonnya bertanding di lebih 130 kerusi parlimen seluruh negara pada PRU14 pada kali ini.

Pendirian dinyatakan sendiri Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika beliau melancarkan ‘Countdown 100 Hari PRU14’ di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Pas akan bertanding sebanyak-banyak kerusi kerana Pas akan bersama dengan gagasannya sendiri, bukan dengan Barisan Nasional atau Harapan.

“Pas dengan angkatannya sendiri. Bagi negeri Terengganu Pas akan bertanding semua kawasan, tidak ada calon parti lain bagi negeri Terengganu. Akan jadi begitu.
“Seluruh negara kita akan usaha, kali ini kita akan bertanding seboleh-bolehnya lebih 130 kerusi parlimen. Akan diusahakan. Menang, kalah itu cerita lain,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, apa yang penting ialah setelah berazam, bertawakal kepada ALLAH, ahli-ahli Pas mesti patuh dan taat dalam perjuangan.

Beliau berkata, Pas bagaimanapun tidak boleh menang dengan kekuatan ahli, penyokong serta orang yang kuat Pas sahaja tetapi perlukan sokongan tambahan.

“Bagaimana kita hendak buat, (ia) memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi. Banyak ‘dia’ kata, fitnah pada kita (tetapi) kita kena jadi macam pohon kayu yang berbuah.
“Walaupun anak-anak yang nakal dan jahat melontar dengan kayu dan batu, pohon kayu itu membalas dengan buah-buah yang masak. Ini cara yang kita kena faham.
“Jangan orang baling dengan batu kita balas dengan batu juga. Sama-sama ‘benjol’. Tidak boleh menarik orang. Mesti dengan cara yang (boleh) menarik orang.
“Perkenalkan agenda ekonomi kita, pendidikan kita, pentadbiran kita yang bebas rasuah. Kita telah berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan sehingga hari ini,” katanya.

Dalam masa sama katanya, Pas juga berjaya memerintah Terengganu dan memimpin negeri Kedah selama satu penggal dengan memimpin kerajaan yang bersih.

Lihat sebelum ini..


7 comments:

Anonymous said...

Yang penting DAP Happy

PAN Menang DAP Senang.

Yg Benar
JEFF HULU BERNAM
PAN REFORM

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

Tanding banyak lagi pun tak apa,duit dedak dari Lanun Bugis banyak untud buat perbelanjaan ketika PRU14 nanti.Peluang UMNGOK menang pasti cerah.Betul tak Tuan Guru.kah..kah...kah...

Puaka Rimba said...

Tuan Garu malu~malu pula nak mengaku plak, orang kampung tau lah Pas dan Umno bermukah tanpa nikah. Nanti dah bunting sapa yg malu, Parti Aslam Semalaysia juga yg malu. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Teruskan macai pandap tabur kebencian kpd pas tapi umat islam tahu sapa sebenar pakatan pandap anti islam

Anonymous said...

Macai-macai ternakan parti liberal kuali dibayar dedak cap roket untuk menghina dan memfitnah agama Islam, ulama Islam dan parti Islam kerana jemaah Islam ini membela ajaran Islam dan hak umat Islam. Bahkan tanpa merasa malu dan segan mereka membela pemimpin parti kafir harbi roket yang suka menghina agama Islam dan menindas umat Islam. Apa nak dihairankan jika pemimpin kuali dibayar 15000 kilogram dedak cap roket setiap bulan untuk menjadi khadam roket.

Anonymous said...

TGHH telah membuktikan parti Islam bukan barua parti ameno apabila membuat keputusan bertanding melawan ameno dalam PRU14. Ini membuktikan Pakatan Haprak telah berbohong tentang kerajaan UG, dedak ameno dll.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails