Thursday, December 21, 2017

Bitcoin Mudahkan Aktiviti Haram &Jenayah. Bagaimana Dalam Islam?




PETALING JAYA: Pakar keselamatan siber memberi amaran kemudahan menggunakan mata wang digital Bitcoin boleh digunakan untuk aktiviti haram, termasuk pengubahan wang.
Pakar keselamatan CF Fong berkata wang yang dihantar melalui transaksi Bitcoin tidak boleh dikesan.

“Dengan Bitcoin anda boleh menghantar wang dari satu hujung dunia ke hujung lain tanpa badan pentadbiran berpusat,” katanya.
“Itu sebabnya begitu banyak kerajaan di dunia bimbang akan transaksi Bitcoin.”

Menurutnya, transaksi Bitcoin tidak boleh disekat atau dikesan, menyebabkan ia digemari mereka yang melakukan pengubahan wang haram.

“Tiada cara untuk mengesan lokasi asal dan destinasi wang itu.
“Pengedaran dadah, penjualan senjata api dan bayaran tebusan penculikan juga boleh dijalankan menggunakan Bitcoin kerana ia tidak dapat dikesan,” katanya.


Fong turut menyentuh kutipan wang haram daripada orang ramai oleh syarikat multi-level marketing (MLM) yang mendakwa mempunyai mata wang digital tersendiri.

“Anda perlukan lesen untuk mengutip wang daripada orang ramai. Tapi kebanyakan syarikat MLM menggunakan konsep ‘Initial Coin Offerings’ (ICO) untuk mengutip dana.”

Fong berkata ICO menambah kekeliruan tentang bagaimana mata wang digital beroperasi.

“Biasanya, jualan mereka seperti ini: ‘jika anda terlepas kerubut Bitcoin, kami ada mata wang digital tersendiri yang boleh anda manfaatkan’.
“Kebanyakan MLM di Malaysia menggunakan cara ini untuk perdaya orang ramai.

Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini dilaporkan akan bermesyuarat dengan pedagang tukaran mata wang digital yang aktif untuk menerangkan mengenai kewajipan para pedagang melaporkan kegiatan mereka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jual beli Bitcoin boleh dilakukan melalui tukaran mata wang digital yang banyak diwujudkan di seluruh dunia. BNM kini merangka dasar untuk mengharamkan tukaran seperti itu di Malaysia dan menghalang penipuan termasuk pelancaran sesebuah ICO untuk mengutip wang daripada orang ramai. 

Bagaimana hukum dan perundangannya dalam agama Islam? (IH)

Hasil carian imej untuk kaya duit


Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails