Sunday, December 17, 2017

2 Pegawai SPRM Ditangkap Khalwat


KUALA LUMPUR- Dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditangkap khalwat di sebuah kediaman di Seri Kembangan, Selangor pada awal pagi hari ini (Sabtu).

Sumber daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesahkan bahawa satu tangkapan telah dibuat dalam sebuah operasi serbuan pada jam 3 pagi tadi.
Menurut sumber itu lagi, operasi tersebut membabitkan empat orang pegawai penguatkuasa daripada Jais.
“Siasatan masih berjalan ke atas dua individu yang ditahan itu,” dedah sumber tersebut apabila ditanya oleh portal The Star Online sama ada kedua-dua yang ditahan itu merupakan pegawai SPRM.
Difahamkan, kedua-dua suspek ditemui ‘berdua-duaan’ di dalam sebuah unit kondominium di Taman Esquire.
Turut difahamkan, suspek lelaki itu memegang jawatan pengarah di salah sebuah jabatan di SPRM manakala suspek wanita pula bekerja di pejabat ketua peseuruhjaya di badan anti-korupsi tersebut.


Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails